web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala AFF: Singapura Pintas Malaysia Selepas Seri Dengan Vietnam

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:23AM

Keputusan malam tadi menyaksikan Singapura kini mengumpul tujuh mata dan merampas tempat kedua dari Malaysia yang turun ke tempat ketiga dengan enam mata manakala Vietnam kekal memimpin kumpulan dengan tujuh mata - Gambar laman web affmitsubishielectriccup.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura apabila terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini, untuk layak ke separuh akhir.

Keputusan itu menyaksikan Singapura kini mengumpul tujuh mata dan merampas tempat kedua dari Malaysia yang turun ke tempat ketiga dengan enam mata manakala Vietnam yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan kekal memimpin kumpulan dengan tujuh mata.

Biarpun mendominasi lebih 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama, jentera serangan Vietnam dilihat tumpul seterusnya gagal merobek kubu pertahanan tuan rumah, dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-17 menerusi Vu Van Thanh namun dinafikan penjaga gol veteran tuan rumah, Hassan Sunny.

Singapura yang kadangkala cuba menyelinap masuk ke kawasan Vietnam pula berpeluang menjaringkan gol namun sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti oleh penyerang muda, Ilhan Fandi pula melambung tinggi pada minit ke-26.

Aksi hambar yang disajikan kedua-dua pasukan pada babak kedua pula menyaksikan Vietnam nyaris memecah kebuntuan namun sepakan padu oleh pemain tengah, Nguyen Hoang Duc, hanya singgah di tiang kanan gol pada minit ke-84 dan keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B,  gol pada waktu kecederaan oleh Maung Lwin menyelamatkan Myanmar apabila berkongsi mata dengan Laos selepas terikat 2-2 di Stadium Thuwunna, Yangon.

Laos terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila tonggak tengah, Sukaphon Vongchiengkham membuka tirai jaringan pada minit ke-12 namun kedudukan itu hanya bertahan dua minit selepas  tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Kyaw Min Oo.

Walau bagaimanapun, penyerang Ekkamai Ratxachak kembali meletakkan pelawat di depan seminit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum mereka dikecewakan dengan jaringan minit akhir oleh Lwin.

Myanmar yang akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, menentang Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat dengan satu mata manakala Laos menutup kempen mereka di tangga tercorot, juga dengan satu mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad