web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia 2022: Semangat ‘Gila Bola’ Rakyat Malaysia Membara Di Qatar

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:04AM

Jagjit Singh, rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Qatar sejak lapan setengah tahun lalu bersama adik-beradiknya di Piala Dunia baru-baru ini - Gambar ihsan Jagjit Singh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semangat kebersamaan yang dibawa rakyat Malaysia ke mana sahaja mereka pergi sememangnya sesuatu yang patut dibanggakan.

Pada Piala Dunia FIFA yang sedang berlangsung di Qatar, semangat yang sama turut membara apabila ramai rakyat Malaysia ‘terbang’ ke Timur Tengah untuk menyaksikan kejohanan berprestij itu.

Bagi Jagjit Singh, rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Qatar sejak lapan setengah tahun lalu, Piala Dunia yang berlangsung di rumah keduanya itu satu pengalaman istimewa.

“Anda tahu Malaysia adalah sebuah negara yang gilakan bola sepak kerana saya bertemu dengan begitu ramai rakyat Malaysia di Doha semasa Piala Dunia.

“Saya sentiasa membaluti diri saya dengan Jalur Gemilang seperti jubah dan begitu ramai rakyat senegara mendekati saya. Hampir setiap kali ada saja mereka pada setiap perlawanan,” katanya kepada The Vibes.

Jagjit bersama Jalur Gemilang di perlawanan Sepanyol menentang Costa Rica - Gambar ihsan Jagjit Singh
Jagjit bersama Jalur Gemilang di perlawanan Sepanyol menentang Costa Rica - Gambar ihsan Jagjit Singh

Bagi rakyat Malaysia yang berada di bandar raya itu sempena Piala Dunia, Jagjit berkata, lebih 500 orang berada dalam kumpulan WhatsApp yang diwujudkan hanya untuk mereka.

“Sekiranya sesiapa memerlukan pertolongan atau bantuan dalam apa cara sekalipun, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memaklumkan dalam kumpulan itu dan pasti ada yang membantu.

“Semasa perlawanan, mereka juga akan berkongsi lokasi tempat duduk dan memuat naik gambar. Ramai daripada mereka datang dari Malaysia atau bekerja di sini.

“Abang saya datang melawat saya selama seminggu dari Malaysia dan ini hanya menunjukkan bahawa kita benar-benar negara yang gilakan bola sepak,” katanya.

Jagjit bersama rakan-rakan serantau di Piala Dunia Russia 2018 - Gambar ihsan Jagjit Singh
Jagjit bersama rakan-rakan serantau di Piala Dunia Russia 2018 - Gambar ihsan Jagjit Singh

Jagjit juga berkata, dia pernah menyaksikan Piala Dunia 2018 di Rusia, tetapi suasana di Qatar jauh lebih unik.

“Oleh kerana ia adalah Piala Dunia, semua peminat dari 32 negara berada di satu tempat. Terdapat perlawanan hampir setiap malam, jadi sentiasa ada warna dan suasana yang hebat di sekeliling.

“Saya bercakap dengan seorang pemuda dari Singapura yang pernah menyaksikan lima Piala Dunia, malah dia bersetuju bahawa Piala Dunia Qatar adalah yang terbaik,” katanya.

Dengan Piala Asia 2023 akan diadakan di Qatar, Jagjit menambah, ia menarik untuk melihat Harimau Malaya beraksi di Doha.

“Ia adalah kali pertama mereka layak secara merit, dan saya tidak sabar untuk menyokong mereka di sini tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, adalah lebih menyeronokkan untuk melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia, sambil menambah bahawa prestasi pasukan Asia baru-baru ini pada pertandingan itu telah mengalihkan tumpuan bola sepak.

“Lihat Jepun, Korea Selatan, dan Australia. Ini menunjukkan bahawa Eropah bukan pusat bola sepak lagi.

“Malah pasukan Afrika Utara melakukannya dengan baik. Memalukan apabila Mesir tidak layak tetapi jika mereka layak, saya pasti mereka akan beraksi dengan baik,” katanya.

Jagjit bersama pelajar-pelajar Malaysia di Piala Dunia Russia 2018 - Gambar ihsan Jagjit Singh
Jagjit bersama pelajar-pelajar Malaysia di Piala Dunia Russia 2018 - Gambar ihsan Jagjit Singh

Walaupun Jagjit tidak akan menonton perlawanan akhir antara Argentina dan Perancis, peminat Manchester United itu berkata, dia akan menyokong Argentina dan Lionel Messi.

“Ya, saya peminat Cristiano Ronaldo, tetapi Messi layak memenangi Piala Dunia ini. Dia bermain sepenuh hatinya.

"Pasukan Eropah telah memenanginya dalam aksi terdahulu, jadi mungkin sudah tiba masanya kita melihat pasukan Amerika Selatan dinobatkan sebagai juara kali ini," katanya.

Jagjit berada di Stadium Lusail untuk menyaksikan perlawanan suku akhir ketika Messi dan Argentina menundukkan Belanda dalam penentuan sepakan penalti, dan di Stadium Al Thumama apabila Maghribi menumbangkan Portugal 1-0.

Perancis akan menentang Argentina pada aksi final malam ini, dengan kedua-dua pemain Paris Saint-Germain (PSG),  Kylian Mbappe dan Lionel Messi akan berentap sesama sendiri. – The Vibes, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad