web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semangat Azizulhasni Masih Membara Dengan Emas Dan Perak Di Melbourne

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:47PM

Mohd Azizulhasni Awang - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menepati nama jolokan ‘The Pocket Rocketman’ apabila memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dan perak masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.

Apa yang menjadikan pencapaiannya lebih menakjubkan ialah hakikat bahawa beliau baru sahaja menjalani pembedahan jantung terbuka pada April lalu.

Azizulhasni, yang mencatat masa 9.766 saat (s) dalam pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin pada separuh akhir.

Pada acara akhir pecut, Azizulhasni mencatatkan masa 10.95s dalam pusingan pertama dan 10.52s dalam pusingan kedua  untuk menewaskan Sam Gallagher daripada Kelab Berbasikal Blackburn untuk pingat emas.

“Persembahan yang baik untuk saya dalam acara pecut hari ini. Saya tidak menjangkakan sebaik ini.

““Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan. Saya berasa baik pada pusingan akhir, hanya melakukan kayuhan biasa dan menang dengan selesa,” katanya menerusi hantaran mengenai kisahnya di Instagramnya.

Azizulhasni, bagaimanapun, gagal dalam usahanya memburu emas kedua apabila menduduki tempat kedua di belakang James Brister (10.35s) dari Kelab Berbasikal Port Adelaide dalam acara akhir keirin melibatkan enam pelumba.

Tempat ketiga dimenangi pelumba Kelab Berbasikal Dubbo, Daniel Barber. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad