Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tchetche Kipre Muncul Wira Kedah DA FC, Menang Ke Atas KL City FC

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:35AM

Pemain Kedah, Renan Da Silva Alves (kiri) dan Mohd Syazwan Zainon (kanan) mengawal kemaraan pemain KL City FC, Romel Oswaldo Morales Ramirez pada perlawanan Liga Super, Kedah bertemu KL City FC di Stadium Darul Aman malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan pada penghujung masa kecederaan oleh penyerang import Kedah Darul Aman (DA) FC, Tchetche Kipre berjaya membantu pasukannya kembali ke landasan kemenangan selepas menumpaskan Kuala Lumpur City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Kedah DA FC berpeluang menghasilkan gol seawal minit kesembilan menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat Kevin Ray Mendoza, sebelum sepakan percuma mengelirukan dari sebelah kiri gol tuan rumah oleh pemain tengah KL City FC, Muhammad Hadin Azman, hanya singgah di palang gol pada minit ke-36.

KL City FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan empat minit selepas babak kedua bersambung apabila sepakan leret dari luar kotak penalti oleh kapten pelawat yang juga pemain tengah import, Paolo Josue, berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Shahril Sa’ari.

Asakan demi asakan Kedah DA FC membuahkan hasil apabila mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Fayadh Zulkifli Amin yang tenang menyumbat masuk hantaran rendah penyerang import Tchetche Kipre dari sebelah kanan kubu lawan pada minit ke-70.

Bagaimanapun, gol tandukan pemain pertahanan import, Giancarlo Gallifuoco, lapan minit kemudian kembali meletak KL City FC di depan berpunca daripada sepakan penjuru Paolo Josue sebelum jaringan penalti Kipre menyamakan kedudukan Kedah DA FC pada masa kecederaan babak kedua.

Kipre yang tidak dikawal barisan pertahanan pelawat muncul wira Kedah DA FC apabila melepaskan rembatan kaki kirinya pada minit akhir masa kecederaan memusnahkan harapan skuad bimbingan Bojan Hodak untuk mencuri satu mata dari tempat lawan.

Sementara itu, Selangor FC gagal mengambil kesempatan bermain di laman sendiri apabila hanya sekadar seri 2-2 menentang Sabah FC dalam saingan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sabah FC yang kerap kali diasak membuat kejutan apabila bekas penyerang Selangor FC Mohd Amri Yahyah berjaya melepasi perangkap offside untuk meletakkan pasukan bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu di depan 1-0, menerusi sepakan leret ke sebelah kanan pintu gol pada minit ke-30.

Bersambung babak kedua, tampanan kurang kemas Rozaimie berpunca daripada hantaran lintang pemain gantian Selangor FC, Mohd Nor Hakim Hasan mengundang padah apabila penyerang import tuan rumah, Ifedayo Olusegun mudah menyumbat masuk hasil bola muntah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Ifedayo terus menjadi duri dalam daging buat pelawat apabila mencetak gol kesembilannya musim ini apabila menyambut hantaran berkualiti dari tengah padang oleh Mohd Nor Hakim untuk menolak masuk jaringan keduanya pada minit ke-72.

Tandukan penyerang Bobby Gonzales pada minit ke-88 gol hasil daripada sepakan sudut oleh Saddil Ramdani sudah cukup bagi membantu Sabah FC membawa pulang satu mata sekali gus melenyapkan impian Selangor FC untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga.

Selepas sepuluh perlawanan, Kedah DA FC yang memiliki kelebihan satu perlawanan memintas Terengganu FC untuk berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 20 mata manakala Selangor FC kekal di tangga kelima dengan 15 mata diikuti KL City FC di tangga keenam (12 mata) dan Sabah FC pula mengumpul 10 mata untuk menghuni kedudukan kelapan liga.

Dalam pada itu, saingan Liga Premier pula menyaksikan Johor Darul Ta’zim II terikat 1-1 menentang Kelantan FC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin manakala satu lagi keputusan seri dicatatkan apabila Perak FC II sekadar seri menentang pasukan tercorot liga, Projek FAM-MSN, 0-0, yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Kelantan FC Tidak Layak Beraksi Dalam Liga Super 2024-2025

3

Sukan 8 bulan yang lalu

JDT Benam Perak 5-0

4

Sukan 9 bulan yang lalu

Peminat Desak JDT Dikenakan Hukuman Lebih Berat Berhubung Isu Suar

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

Semasa 5 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Semasa 8 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran