web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Argentina Mara Ke Final Selepas Tundukkan Croatia 3-0

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 11:16AM

Messi membawa Argentina ke final Piala Dunia kedua. - Gambar dari Twitter World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Argentina mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022 selepas membenam Croatia 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail di Al Daayen, Qatar  pada Selasa.

Pada minit ke-34 Argentina dihadiahkan sepakan penalti selepas Julian Alvarez dijatuhkan penjaga gawang Croatia dan pemain sensasi Lionel Messi berjaya menyempurnakannya, lapor Agensi Anadolu.

Lima minit kemudian, Argentina menambah satu lagi jaringan menerusi rembatan jarak dekat penyerang Alvarez.

Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-69, Alvarez sekali lagi menyumbat gol hasil hantaran cantik Messi yang berjaya menggelecek pertahanan Croatia.

Dalam perlawanan itu penolong jurulatih Croatia Mario Mandzukic turut dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Aksi Messi pada perlawanan kali ini membolehkan pemain yang menyarung jersi nombor 10 itu mengatasi pencapaian legenda Gabriel Batistuta untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Argentina dengan 11 gol di Piala Dunia.

Argentina bakal menentang pemenang perlawanan Perancis-Maghribi awal pagi esok.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Lusail pada Ahad.

Dengan keputusan ini, Messi mara ke final Piala Dunia kedua sepanjang kariernya.

Pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014, Argentina kecundang 0-1 ketika bertemu Jerman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Masters Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad