web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAM Turun Harga Tiket Piala AFF Di Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 7:15PM

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dalam kenyataan hari ini, berkata harga terkini bagi setiap aksi itu adalah RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 (premium) dan RM70 (grandstand), manakala tiket kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun kekal pada harga RM10.

FAM sebelum ini mengumumkan harga bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah RM50 bagi tempat duduk terbuka, RM70 (premium) dan RM100 (grandstand).

Noor Azman berkata pihak Ticket Hotline akan memulakan proses pemulangan (refund) untuk amaun berlebihan bagi penyokong yang telah membeli tiket pada harga asal.

“Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, FAM membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket.

“Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata Presisen FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa prihatin mendengar keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.

Tiket bagi kedua-dua perlawanan itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my.

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).

Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad