web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Malaysia Banyak Potensi, Harus Singkir Unsur Rasuah - Adam Adli

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:00PM

Hannah Yeoh (kiri) dan Adam Adli ketika meluangkan masa melawat Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Gambar Facebook KBS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menegaskan, beliau akan memastikan tiada unsur rasuah dalam industri sukan di negara ini.

Beliau berkata, ia adalah langkah bagi mempertingkatkan kedudukan industri tersebut ke persada dunia.

Katanya, terdapat banyak potensi dalam industri sukan yang membolehkan Malaysia melakar sejarah, sekiranya isu rasuah dapat diatasi.

“Industri sukan di Malaysia mempunyai banyak potensi, namun langkah perlu diambil bagi memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat kes rasuah,” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata demikian selepas melapor diri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Pada masa sama, Adam Adli menekankan punca masalah rasuah adalah membabitkan pihak dalaman industri, bukan berkaitan prestasi atlet.

“Ini masalah dalaman. Ia bukan berkaitan prestasi atlet. Kita ada ramai atlet berkelas dunia, bukan sedikit.

“Dan apabila dilihat lebih mendalam, ia akan pergi semula kepada puncanya, kadang kala kebanyakan masanya, maaf cakap, ia adalah disebabkan rasuah," katanya.

Gambar Facebook KBS
Gambar Facebook KBS

Adam Adli yang turut meluangkan masa melawat Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini menekankan misi KBS untuk memberi fokus dalam mengembalikan sukan negara di landasan betul, selepas impak COVID-19 melanda Malaysia.

“KBS akan memfokuskan untuk membawa kembali sukan ke landasan tepat selepas terkesan akibat COVID-19.

“Cabarannya adalah untuk memastikan semuanya kembali kepada yang dirancang, dari segi latihan, prestasi mahupun juga sedikit sebanyak kebajikan atlet yang paling terkesan,” jelasnya.

Terdahulu Adam Adli mengangkat sumpah jawatan bersama 26 Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lalu.

Beliau adalah antara barisan anak muda yang memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Getaran 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad