web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tenis Malaysia Lancar Penggunaan Sistem Rating Pemain ITF

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 9:38PM

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) Mirzan Tun Mahathir (kiri) berucap pada pelancaran ITF World Tennis Numbers di sini hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Tenis Malaysia (Tennis Malaysia) hari ini secara rasminya melancarkan pelaksanaan sistem rating pemain tenis dunia yang baharu Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) untuk digunakan di negara ini.

Presiden Tenis Malaysia Mirzan Mahathir berkata ITF World Tennis Number merupakan sistem rating pemain yang terbaik, yang membolehkan ukuran pemain secara tepat dibandingkan dengan pemain dari seluruh dunia, termasuk negara-negara utama dalam tenis seperti Great Britain, Denmark, Ireland dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata sistem ini akan dilaksanakan dalam mana-mana kejohanan dianjurkan di Malaysia untuk memaksimumkan keberkesanannya.

“Kita akan aturkan kejohanan menggunakan sistem ini, supaya ia untuk tahap tertentu atau pemain, dan ia tidak bergantung sama ada pemain itu remaja lelaki, remaja perempuan, atau lelaki atau perempuan, ia adalah mengenai tahap pemain dan juga kebolehan mereka.

“ITF World Tennis Number adalah kedudukan ranking dunia, Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) sedang melaksanakannya di AS dan jika kita laksanakan sistem ini, ia akan dapat bantu dedahkan pemain kita, untuk seluruh dunia melihat keupayaan mereka,” katanya pada sidang media pelancaran ‘ITF World Tennis Number’ di sini hari ini.

Mirzan berkata ITF World Tennis Number merupakan satu sistem rating paling maju dan tepat  dengan kebolehan pemain tenis dunia, dan Malaysia menjadi negara ketiga di Asia untuk melancarkan sistem rating yang baru.

Beliau berkata Tenis Malaysia telah bekerjasama rapat dengan Persekutan Sukan Antarabangsa (IF) dalam projek ini sejak pertengahan 2020 dan kini telah bersedia untuk menggunakan sistem rating dunia untuk Tenis Jelajah Remaja Malaysia dan Sirkit Kebangsaan pada 2023.

Oleh sebab itu Tenis Malaysia akan menetapkan nombor tenis ITF menerusi platform Bounx Sport dengan data pemain boleh dilihat di LTAM.my dan menerusi sistem kejohanan BOUNX. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mirzan, Mokhzani Mahathir Bakal Didakwa Jika Gagal Isytihar Harta Mengikut Tempoh - Azam

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad