web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron - Wooi Yik, Pearly - Thinaah Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:06AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara empat wakil beregu negara yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, semalam.

Dalam perlawanan Kumpulan B, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pilihan kempat kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, 21-23, 24-22, 16-21, dalam perlawanan selama 66 minit di Arena Nimibutr.

Beregu negara itu, yang tunduk di tangan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 12-21, 15-21, 15-21, semalam, akan melengkap jadual dengan menentang beregu Denmark,  Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, hari ini.

Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menghidupkan semula peluang apabila mengalahkan beregu Korea Selatan, Choi Sui Gyu-Kim Won Ho, 21-17, 23-21 dalam Kumpulan A selepas tewas19-21, 16-21 kepada juara bertahan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada perlawanaan pembukaan, semalam.

“Kekalahan semalam adalah pengajaran bagus kepada kami selepas begitu bertekad untuk menang semalam tetapi hari ini kami hanya mahu bermain seperti biasa tanpa tekanan dan ia berhasil,” kata Ee Yi kepada BWF selepas perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, laluan ke separuh akhir berliku apabila Yew Sin-Ei berdepan dengan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.

Sementara itu, laluan Pearly-Thinaah untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup susulan kekalahan kedua berturut-turut dialami mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sen  turut gagal mara ke saingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 9-21, 12-21, dalam saingan Kumpulan A.

 Pearly dan Thinaah juga gagal melepasi peringkat kumpulan. - Gambar fail
 Pearly dan Thinaah juga gagal melepasi peringkat kumpulan. - Gambar fail

Pearly-Thinaah akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu manakala Vivian-Chiew Sen menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai hari ini.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mengekalkan momentum rentak kemenangan apabila tewas kepada wakil tuan rumah,Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai of Thailand, 9-21, 11-21.

Selepas mengejut juara Sukan Olimpik Tokyo 2020,Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, semalam, Kian Meng-Pei Jing, masih mempunyai peluang mara ke separuh akhir sekiranya menewaskan wakil tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, pada perlawanan akhir kumpulan hari ini.

Dalam kumpulan A, satu lagi beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mara ke saingan separuh akhir selepas mengalami kekalahan kedua berurut-turut apabila tumpas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 18-21, 17-21. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek