web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Negara-Negara 2022: Ireland Ranap Impian ‘Speedy Tigers’ Ke Final

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 7:00AM

Ireland akan bertemu Afrika Selatan di final malam ini. - Gambar ihsan FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ireland menyekat hasrat skuad hoki lelaki kebangsaan untuk mara ke perlawanan akhir selepas menang bergaya 3-0 pada peringkat separuh akhir saingan Piala Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan, semalam.

Selepas terikat tanpa jaringan pada suku pertama dan kedua, Ireland akhirnya memecah kebuntuan pada suku ketiga apabila jaringan padang oleh Benjamin Walker meletakkan mereka di depan 1-0 pada minit ke-40 dalam perlawanan berlangsung di Potchefstroom.

‘Speedy Tigers’ terus ketinggalan selepas Jeremy Duncan meledak gol kedua pasukan dari Eropah itu menerusi jaringan padang selang dua minit kemudian.

Duncan menjadi duri dalam daging buat skuad kebangsaan kendalian A Arul Selvaraj apabila menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-51, juga menerusi jaringan padang, sekali gus menoktahkan kemenangan buat Ireland untuk menempah tiket ke final, malam ini.

Ireland akan membuat perhitungan pada final menentang Afrika Selatan, yang menumpaskan Korea Selatan dalam 3-2 dalam penalty shootout selepas perlawanan terikat 1-1.

Cabaran Malaysia masih belum terhenti pada kejohanan tersebut apabila dijadualkan beraksi pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, ketua jurulatih Arul Selvaraj jelas hampa dengan barisan pertahanan yang gagal mengawal bola sebaik mungkin sehingga menyaksikan pihak lawan mudah membolosi gawang negara.

“Kita juga tidak main game kita sepenuhnya, masih kekurangan usaha dan tenaga,” katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia kepada media.

Sehubungan itu, beliau berharap anak buahnya segera bangkit daripada kekecewaan dengan mempamerkan taring sebenar bagi memastikan mereka dapat menamatkan kempen dengan muncul pasukan ketiga terbaik kejohanan esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad