web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Sepakan Sudut Selangor Calar Reputasi Terengganu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 7:35AM

Selangor FC mencalarkan ego Terengganu FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Selangor FC mencalarkan ego Terengganu FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 pada pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Kekalahan itu menamatkan rentetan sembilan kemenangan berturut-turut skuad Penyu dalam kesemua pertandingan manakala kejayaan diraih Selangor ‘memanjangkan’ rekod tanpa kalah skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kepada sembilan perlawanan sejak dilantik menjadi Ketua Jurulatih hujung September lepas.

Di awal permainan, pertembungan kedua-dua pasukan itu yang kali terakhir berentap di pentas separuh akhir pada edisi 2011 dikuasai Terengganu yang mendahului menerusi sepakan percuma ketua pasukan Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke-19.

Terengganu, di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain berpeluang menambah jaringan tiga minit kemudian, namun bola tolakan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dalam kotak penalti gagal disambar penyerang Kpah Sherman sebelum dikeluarkan Mohd Khairulazhan.

Mohd Khairulazhan kemudian bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan jarak dekat Manuel Ott sebelum Selangor berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas pemain pertahanan Richmond Tetteh Ankrah menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-37.

Gol tersebut ternyata membakar semangat Skuad Gergasi Merah sehingga hampir meledak gol kedua tetapi rembatan Hein Htet Aung dari jarak dekat pada minit ke-39 berjaya ditepis keluar Mohd Suhaimi Husin sebelum penjaga gol itu tertewas buat kali kedua empat minit kemudian.

Penyerang sensasi Herlison Caion De Souza Ferreira menggandakan kedudukan buat Selangor selepas bijak mencari ruang untuk menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi sekali gus mencetak gol kelima dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Momentum cemerlang Selangor sepanjang 45 minit pertama diteruskan pada babak kedua yang menyaksikan mereka hanya memerlukan sembilan minit selepas rehat untuk meraih gol ketiga, kali ini giliran pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Mukhairi.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga wisel penamat selepas Terengganu yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, mensia-siakan beberapa peluang jaringan terhidang termasuk satu percubaan Kpah Sherman dari jarak dekat yang sekadar menggegar palang pada minit ke-88.

Kekalahan di tempat lawan menyaksikan Terengganu yang kali terakhir muncul juara pada edisi 2001 dan kali terakhir mara ke final pada edisi 2018, berdepan tugas getir pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan