web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Malaysia Lawan Afrika Selatan Ditunda Ke Ahad Ekoran Hujan Lebat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 8:14AM

Perlawanan, yang bermula jam 8 malam itu, menyaksikan Afrika Selatan mendahului 1-0, hasil jaringan padang oleh CameronYves  Le Forestier pada minit ke-11. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perlawanan antara Malaysia dan Afrika Selatan pada saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam tadi, ditunda selepas 14 minit perlawanan bermula berikutan hujan lebat.

Perlawanan, yang bermula jam 8 malam itu, menyaksikan Afrika Selatan mendahului 1-0, hasil jaringan padang oleh CameronYves  Le Forestier pada minit ke-11.

Selepas menunggu kira-kira sejam untuk keadaan cuaca pulih, Perwakilan Teknikal Perlawanan, Muneer Mohamed, memutuskan menunda perlawanan itu ke hari Ahad jam 5 petang dan perlawanan akan dimulakan dari minit ke-14.

Pada perlawanan ketiga malam ini, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj mempamerkan aksi yang lebih fokus dan disiplin yang tinggi untuk menjayakan misi wajib menang menentang Afrika Selatan.

Speedy Tigers terlebih dulu mengasak kubu Afrika Selatan namun empat pukulan sudut penalti gagal dimanfaatkan tuan rumah. 

Sementara itu, Arul Selvaraj pada sidang medianya menyatakan keadaan padang yang becak dan hujan lebat sedikit sebanyak mengganggu perancangan pasukannya. 

"Malam ini corak permainan kita adalah bermain secara pantas dan jika keadaan padang basah atau berat maka ia agak  menyukarkan malah perlu berubah strateginya. 

"Walaupun ketinggalan satu gol kami perlu positif dan perlawanan Ahad ini kami perlu fokus dengan bermula semula seolah-olah ia perlawanan baharu, kita tidak mahu pemain tertekan memikirkannya," katanya. 

Sebelum itu, perlawanan antara Jepun dan Pakistan berkesudahan 2-2 manakala Mesir dan Korea Selatan terikat tanpa jaringan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dunia Perlu Sokong Tindakan Afrika Selatan Heret Israel Ke ICJ - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar