web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zii Jia Akur Gagal Raih Gelaran Terbuka Denmark

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:14AM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, gagal dalam usahanya merangkul gelaran sulung Terbuka Denmark selepas tewas kepada pemain China, Shi Yuqi, di pentas final di Odense, Ahad.

Permulaan yang goyah buat Zii Jii, pilihan keempat kejohanan, mensia-siakan kelebihan mendahului 9-5 pada set pertama sebelum lawan bukan pilihan itu menemui rentak untuk mengejar mata demi mata sebelum menang 21-18 dalam kejohanan di Arena Jyske Bank.

Bagaimanapun, Zii Jia, selaku pemain nombor tiga dunia, bangkit semula pada set kedua dengan mendahului 7-1 dan terus menguasai perlawanan sebelum menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Yuqi, 26, gagal disekat apabila mendahului 11-5 akibat kesilapan menyebabkan Zii Jia, 24, gagal merapatkan kedudukan sebelum akur dengan kekalahan 21-12 di set penentuan.

Dalam pada itu, Yuqi menamatkan kemarau gelaran selama tiga tahun apabila kali terakhir memenangi Terbuka Switzerland pada 2019.

Selepas perlawanan, Zii Jia dengan tenang menerima keputusan tersebut dan berazam untuk kembali semula dengan lebih mantap pada Terbuka Perancis 2022 di Paris bermula Selasa ini.

“Sekurang-kurangnya saya telah mencuba yang terbaik di sini dan akur dengan keputusan ini. Saya akan mengharungi dua lagi kejohanan selepas ini dan harap dapat mengekalkan prestasi semasa,” katanya.

Sementara itu, di Indonesia, pemain negara, Leong Jun Hao memenangi gelaran sulung dunia selepas mengecewakan rakan senegara, Cheam June Wei pada aksi final Indonesia Masters di Malang.

Jun Hao terpaksa berhempas pulas selama 67 minit sebelum mengecewakan June Wei, 9-21,  22-20, 21-19 pada acara Super 100 tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad