web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Denmark: Zii Jia Mara Ke Final

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 7:07AM

Zii Jia akan menentang wakil dari China di final Terbuka Denmark. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, hanya tinggal selangkah untuk merangkul gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura, pada aksi separuh akhir semalam.

Selaku pemain nombor tiga dunia, Zii Jia, ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Kean Yew selepas Kejuaraan Berpasukan Asia, Februari lalu dan suku akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.

Zii Jia, pilihan keempat kejohanan, mara ke final ketiga tahun ini, akan bertemu pemenang antara wakil China, Shi Yu Qi pada final, hari ini.

Ketika juara Asia itu melangkah ke final, tiga lagi wakil negara terkandas di separuh akhir termasuk pasangan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-17, 13-21, 21-17 dalam perlawanan selama 51 minit.

Marcus-Kevin, atau lebih dikenali ‘The Minions’  akan menentang pasangan senegara dan pilihan kelima kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pentas final selepas mengalahkan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-16, 22-20.

Di samping itu, beregu campuran negara, Goh Soh Huat-Shevon Lai turut ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China dan pilihan ketiga kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, 16-21, 22-24. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 20 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad