web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Pelumba Negara Beraksi Musim Penuh Punca Jualan Tiket Perlahan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 6:46PM

Razlan Razali - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan pelumba Malaysia yang beraksi dalam musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia antara faktor penjualan tiket Grand Prix (GP) Malaysia berlangsung hujung minggu ini perlahan.

Prinsipal WithU Yamaha RNF MotoGP Team Datuk Razlan Razali berkata strategi tradisi menggunakan pelumba tempatan berlumba atas tiket wildcard kali ini tidak mampu menarik kehadiran peminat walaupun perlumbaan kembali ke Litar Sepang selepas dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

“Sudah tentu faktor kejayaan GP Malaysia adalah kerana pelumba Malaysia (beraksi musim penuh), bukan setakat wildcard.

“Saya rasa semua tahu apa itu wildcard, peminat mahu melihat pelumba Malaysia bersaing dari pusingan pertama hingga tamat.

“Tapi kalau ikut keadaan ekonomi pun berlainan berbanding 2019, pasca-pandemik, inflasi dan sebagainya.

“Tapi saya percaya dengan minat yang tinggi, kalau orang hendak pergi dan minat walaupun (ekonomi) gawat mereka akan cari jalan,” katanya ketika diminta mengulas penjualan tiket GP Malaysia yang dilaporkan perlahan.

Berdasarkan laporan media, hanya lebih 50 peratus tiket terjual setakat minggu lepas, secara perbandingan lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum wabak itu, dengan rekod tertinggi pada 2019 lebih 170,000 peminat hadir untuk perlumbaan hujung minggu.

Razlan pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2009 hingga 2020.

Pada GP Malaysia yang dijadualkan pada 21-23 Okt ini, empat pelumba negara diberikan tiket wildcard iaitu Kasma Daniel Kasmayudin, Khairul Idham Pawi dan Azroy Hakeem Anuar akan beraksi dalam kelas Moto2 manakala Syarifuddin Azman atau lebih dikenali Damok beraksi dalam Moto3. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad