web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Karim' Sambung Khidmat Bersama Sabah FC Sehingga 2024

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:27AM

Park Tae-su, atau ‘Karim’ (tengah), melanjutkan kontraknya bersama skuad ‘The Rhinos’ selama dua musim sehingga penghujung 2024. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pemain import Sabah FC, Park Tae-su, yang mesra dengan panggilan ‘Karim’ dalam kalangan peminat tempatan, melanjutkan kontraknya bersama skuad ‘The Rhinos’ selama dua musim sehingga penghujung 2024.

Sabah FC, menerusi kenyataan malam ini, memaklumkan sambungan kontrak pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan itu disahkan pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir.

Sejak 2019, pemain berusia 32 tahun itu membantu Sabah muncul juara Liga Premier dan layak ke Liga Super sebelum mempamerkan aksi lebih mantap di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang menyaksikan Sabah menamatkan Liga Super 2022 di tempat ketiga liga.

Pemain, yang fasih berbahasa Melayu itu, beraksi cemerlang musim ini dan menjadi antara nadi utama skuad ‘The Rhinos’ apabila berjaya meledak lapan gol musim ini,

.Menerusi ruangan komen media sosial Ahmad Marzuki, yang berkongsi perkara itu, rata-rata penyokong Sabah FC menyambut baik lanjutan kontrak Tae-su bersama Sabah FC.

Malahan ada penyokong yang meminta agar pemain import yang pernah menjulang juara Liga Premier pada 2019 bersama Sabah FC diberikan kerakyatan menerusi program naturalisasi.

Tae-su pernah menarik tumpuan dunia bola sepak apabila gol sepakan percumanya ketika menentang PJ City FC menjadi tular yang turut mendapat perhatian laman sosial Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad