web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


VSN2030 Perancangan Baharu Pembangunan Sukan Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:36AM

Ismail Sabri melancarkan Visi Sukan Negara 2030 sempena Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) akan menjadi hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara yang dipetakan secara komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata VSN2030 akan memberikan nafas baharu buat arena sukan negara dengan konsep ‘Daripada Komuniti Kepada Komuniti’ melibatkan seluruh Keluarga Malaysia bagi merencana strategi sukan negara untuk 10 tahun ke hadapan.

“Ia juga meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat serta melahirkan jaguh-jaguh berkelas dunia dan akan menjadi dokumen rasmi kerajaan dalam pembangunan sukan tanah air,” katanya ketika melancarkan VSN2030 sempena Hari Sukan Negara Tahun 2022 (HSN2022) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata VSN2030 merupakan sebuah dokumen dasar yang berkonsepkan pendemokrasian sukan dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak.

“Dokumen ini akan sentiasa diteliti dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dalam memacu industri sukan Malaysia untuk terus gemilang sehingga tahun 2030,” katanya.

Ismail Sabri dalam pada itu turut meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha meningkatkan lagi pembudayaan dan pencapaian sukan melalui beberapa usaha proaktif.

Antaranya adalah dengan menawarkan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran kepada atlet-atlet yang cemerlang dan berjaya memenangi pingat bermula dari peringkat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan.

Bekas atlet yang berkemahiran pula dipertimbangkan sebagai Jurulatih Pendidikan Jasmani dan dilibatkan dalam inisiatif pencarian bakat sukan di peringkat akar umbi melalui program My Talent Identification (MyTID), katanya.

“Menaik taraf fasiliti-fasiliti sukan bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan,” katanya.

Ismail Sabri berkata semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, iaitu jenis-jenis sukan yang tersenarai akan ditingkatkan dan sukan elektronik juga akan turut disenaraikan.

Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa komited membangunkan industri sukan menerusi pelbagai pakej bantuan prihatin agar pemain industri dalam bidang sukan dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Mengenai HSN2022, beliau berkata program itu menyasarkan penglibatan seramai 4.5 juta Keluarga Malaysia dalam aktiviti sukan yang dianjurkan, dengan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

HSN2022 juga dilaksanakan dengan kerjasama strategik pemegang taruh dan rentas kementerian serta agensi bagi menganjurkan aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan, serta melibatkan golongan profesional, pempengaruh sosial, pemain industri sukan, atlet dan ikon sukan untuk menarik penglibatan rakyat dalam aktivti yang dianjurkan.

Menurutnya, HSN pada tahun lepas melibatkan lebih 2.6 juta peserta, dan ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan meskipun negara masih berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Ismail Sabri berkata HSN telah meletakkan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu medium bagi menerapkan gaya hidup aktif dan cergas sepanjang hayat dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Dasar Sukan Negara.

“Marilah kita bersama-sama menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan dengan sasaran sekurang-kurangnya dua per tiga rakyat Malaysia bersenam dan aktif bersukan sekurangnya lima sesi seminggu dan 30 minit setiap sesi,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan sebuah ekspo sukan merangkumi pelbagai acara sukan dalam satu masa dan tempat.

Beliau berkata ekspo berkenaan menjadi satu daripada platform utama untuk menonjolkan potensi, impak besar dan sumbangan industri sukan terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara.

“Segala komitmen kerajaan ini menandakan keprihatinan yang tinggi dalam membantu pemain industri sukan menjana ekonomi negara melalui pengoperasian, sokongan dana, penganjuran program di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan