web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekalkan Reka Bentuk Semasa Stadium Shah Alam Idea Hebat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 1:05PM

Projek pembangunan semula Stadium Shah Alam oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) akan mengekalkan konsep reka bentuk semasa stadium tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC memuji tindakan Menteri Besar Selangor Inc (MBI) dan pemaju projek pembangunan semula Stadium Shah Alam, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) kerana mengekalkan konsep reka bentuk semasa stadium tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan langkah mengekalkan estetik dan reka bentuk semasa stadium sebagai satu konsep dan idea yang hebat.

Menurut beliau, usaha menaik taraf reka bentuk berkenaan kepada struktur yang lebih moden akan menjadikan stadium tersebut lebih relevan seiring perubahan zaman.

Tambahnya, reka bentuk gerbang ikonik amat signifikan kepada rakyat Selangor dan juga peminat kelab bola sepak itu.

"Saya gembira melihat konsepnya ditunjukkan dalam reka bentuk baharu tersebut," katanya kepada The Vibes.

Johan berkata, bagi Selangor FC yang terkenal dengan jolokan Gergasi Merah, stadium baharu itu akan membawa perubahan besar kepada bola sepak di negeri berkenaan.

“Saya fikir untuk stadium baharu yang mempunyai kapasiti tempat duduk 35,000 hingga 45,000 cukup sempurna.

“Tetapi saya yakin struktur dan reka bentuk stadium yang difikirkan oleh pemaju berkemungkinan besar akan membolehkan ia dipasang dengan kerusi tambahan dari semasa ke semasa, jika perlu.

"Aspek moden pembangunan semula pula akan memberi manfaat kepada stadium dan pihak yang akan menggunakan kemudahan itu," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, Stadium Shah Alam yang baharu bukan hanya sekadar stadium bola sepak tetapi venue holistik untuk warga Selangor.

Katanya, kerajaan Selangor berada di landasan yang betul untuk membangunkan semula stadium itu menjadi venue lebih daripada sekadar gelanggang sukan.

“Ia adalah satu konsep yang bagus oleh Menteri Besar Selangor untuk menjadikan kompleks baharu itu sebagai kemudahan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar untuk bola sepak, tetapi untuk kegunaan bersama masyarakat.

"Saya fikir istilah yang lebih sesuai digunakan untuk itu bukan stadium tetapi 'venue'," katanya.

Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan langkah mengekalkan estetik dan reka bentuk semasa stadium sebagai satu konsep dan idea yang hebat - Gambar oleh Noreeza Hashim
Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan langkah mengekalkan estetik dan reka bentuk semasa stadium sebagai satu konsep dan idea yang hebat - Gambar oleh Noreeza Hashim

Buat masa ini, venue Selangor FC telah dipindahkan sementara ke Stadium Petaling Jaya untuk perlawanan di tempat sendiri (home).

Johan sebelum ini berkata, projek tersebut sesuatu yang mengujakan, tidak kira sama ada Stadium Shah Alam sekarang akan menjalani pengubahsuaian atau pembangunan semula sepenuhnya.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek berkata, Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu itu bukan sahaja akan merangkumi stadium yang canggih, malah turut menampilkan kemudahan rekreasi yang tertumpu kepada rakyat Selangor.

Beliau juga berkata, kompleks sukan berkenaan bertujuan untuk menjadi penjana ekonomi dengan peluang komersial untuk membantu menyediakan pendapatan bagi menyelenggarakan kemudahan terbabit.

Ketika ini MBI melalui anak syarikatnya Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd membelanjakan antara RM5 hingga 6 juta setahun hanya untuk menyelenggara stadium tersebut. - The Vibes, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek