web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ATC: Hakim Danish Bangkit Ungguli Perlumbaan Sengit Di Thailand

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 10:05AM

Hakim Danish (tengah) memegang trofi pemenang di atas podium semalam. - Gambar dari Asia Talent Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli menemui semula sentuhan kemenangan selepas mendominasi perlumbaan pertama pusingan keempat Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand semalam.

Pencapaian itu membolehkan Muhammad Hakim kembali menerajui senarai kedudukan pelumba dengan mengumpul keseluruhan 117 mata, mengatasi pencabar terdekat Shinya Ezawa dari Jepun (106 mata) di tempat kedua dan pelumba Qatar Hamad Al-Sahouti jauh di posisi ketiga dengan 73 mata.

Selepas menamatkan pusingan ketiga di tempat kedua di Jepun minggu lepas, pelumba berusia 15 tahun itu bangkit merampas kedudukan teratas podium hari ini dengan merakam kepantasan 29 minit dan 01.585 saat, menurut https://www.asiatalentcup.com.

Tunggangan hebat pelumba kelahiran Terengganu dalam perlumbaan 16 pusingan itu cukup untuk menewaskan Veda Ega Pratama dari Indonesia di tempat kedua dengan masa 29:01.631s sementara wakil Jepun, Gun Mie terpaksa akur di kedudukan ketiga dengan masa 29:01.848s.

Dalam pada itu, tiga lagi pelumba Malaysia menyaksikan Farres Putra Mohammad Fadhill menamatkan saingan di tempat ketujuh (29:14.613s), Muhammad Farish Hafiy ke-12 (29:24.393s) dan Emil Idzhar Ezuan ke-19 (29:47.601s).

Sebagai rekod, Muhammad Hakim menjuarai kedua-dua perlumbaan pusingan kedua di Mandalika International Street Circuit, Indonesia Mac lepas selepas permulaan hambar pada pusingan pertama di Litar Antarabangsa Losail di Qatar pada Februari dengan gagal menaiki podium. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan