web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tundukkan Thailand 5-3

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 7:47AM

Malaysia berjaya mengatasi Thailand 5-3 dalam aksi Kejohanan  Piala Raja Thailand yang berlangsung  Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai malam tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi menjadi igauan ngeri buat Thailand apabila skuad Harimau Malaya melakar kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Kejohanan  Piala Raja Thailand yang berlangsung  Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai malam tadi.

Pemenang perlawanan yang akan menentukan pasukan mana mara ke final terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi 90 minit berakhir 1-1 yang menyaksikan Pansa Hemviboon  menjaringkan gol penyamaan Thailand di penghujung perlawanan selepas La'Vere Corbin-Ong meletakkan Malaysia di depan pada separuh masa pertama.

Penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed layak diangkat sebagai wira pasukan apabila menampilkan persembahan terpuji selepas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Gajah Perang termasuk menafikan percubaan Supachok Sarachat dalam penentuan sepakan penalti.

Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan Gon tidak berdepan masalah dalam momen getir itu apabila kelima-lima percubaan masing-masing berjaya disempurnakan Ketua Pasukan Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad, Matthew Davies, Declan Lambert dan Corbin-Ong.

Terdahulu, selepas beberapa siri serangan Malaysia akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-32 menerusi Corbin-Ong yang berlari ke dalam kotak penalti untuk menyambar hantaran cantik Muhammad Safawi Rasid dan menewaskan penjaga gol Kampon Phatomakkakul.

Skuad Thailand kendalian Alexandre Polking yang tersentak dengan gol itu cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara sebelum Cools hampir menggandakan kedudukan menerusi tandukan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, keputusan Polking membawa masuk tiga pemain termasuk pemain sayap Buriram United Suphanat Mueanta membuahkan hasil apabila ia memberi nafas baharu dalam serangan pasukan.

Bagaimanapun, Malaysia yang kekal berdisiplin hampir menambah jaringan menerusi penyeran Darren Lok pada minit ke-61 tetapi tandukan terbangnya selepas menerima hantaran Brendan Gan berjaya diselamatkan Phatomakkakul.

Thailand kemudian bangkit mencipta lebih banyak peluang keemasan untuk meledak jaringan, namun Ahmad Syihan menjadi penghalang apabila menyelamatkan tiga percubaan berbahaya masing-masing rembatan Mueanta pada minit ke-63 dan minit ke-71 dan tandukan Supachai Chaided pada minit ke-77.

Seakan Malaysia memenangi perlawanan, pemain tengah Muhamad Nor Azam Abdul Azih dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada masa kecederaan babak kedua sebelum Hemviboon menanduk sepakan percuma rakan sepasukan untuk gol penyamaan.

Pada final Piala Raja Thailand yang dijadual berlangsung di venue sama pada Ahad ini, Malaysia akan berdepan Tajikistan yang menewaskan Trinidad & Tobago dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Kejayaan skuad kebangsaan malam ini menyaksikan Thailand terus gagal menamatkan kemarau kemenangan ke atas pasukan negara sejak Disember 2014 selepas turut tewas 0-1 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Jun tahun lepas.

Pertembungan malam ini turut memberikan keceriaan kepada penyokong negara apabila menyaksikan Brendan yang juga pemain tengah Selangor FC kembali membuat kemunculan dalam jersi pasukan negara selepas melalui pelbagai cabaran dan halangan sejak setahun lepas.

Kali terakhir Brendan menyertai pasukan kebangsaan ialah semasa pasukan negara mengalahkan Thailand 1-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sebelum sebelum beliau disahkan menghidap kanser. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad