web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Norza Dipilih Semula Sebagai Presiden BAM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 6:51PM

Mohamad Norza Zakaria - Gambar dari Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya ada perkara yang perlu dibereskan” - itu jawapan ringkas Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas dipilih semula secara sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk penggal kedua dari 2021-2025. 

Keputusan itu dibuat 15 ahli BAM daripada semua persatuan badminton negeri dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-76 persatuan itu di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Mohamad Norza yang gembira berkata beliau menyasarkan untuk memenuhi matlamat  Projek 24 selain memastikan kem negara mendapatkan kejayaan dalam kejohanan besar seperti Piala Thomas, Kejohanan Badminton Dunia dan sudah tentu Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan Julai depan.  

Projek 24 disasarkan bagi mengakhiri penantian Malaysia mendapatkan pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024. 

Mohamad Norza, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) nampak tidak terkesan menyandang dua jawatan pada satu masa kerana beliau merasakan ia boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Apa yang saya lakukan di BAM memberikan penandaarasan terhadap tugas saya di MOM kerana dalam BAM ia memberikan saya peluang berkongsi banyak pengalaman saya dalam bentuk urus tadbir, pemasaran, penajaan dan sains sukan.

''Sementara di MOM, tugas saya kebanyakannya berkaitan acara pelbagai sukan dan sukan berkenaan selalunya bermusim, katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau juga berharap untuk mencari pengganti sesuai sebaik sahaja tugasnya di BAM selesai.

Sementara, Mohamad Norza mengumumkan Presiden Persatuan Badminton Selangor, Datuk V Subramaniam dipilih selaku Timbalan Presiden 1 dan begitu juga Datuk Seri Jahaberdeen Mohamad sebagai Timbalan Presiden 2. 

Subramanian dan Jahaberdeen masing-masing menggantikan  Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan  Datuk Lim Teong Kiat yang bersara.

Datuk Kenny Goh mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung BAM sementara Datuk Michael Tang dilantik sebagai bendahari menggantikan Subramaniam. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad