web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Terpaksa Lupa Hasrat Beraksi Di Piala Asia B-20

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:56PM

Skuad negara gagal menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan dua teratas. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah (B) - 19 tahun kebangsaan terpaksa melupakan hasrat beraksi di Piala Asia B-20 tahun depan selepas dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), Ulaanbaatar, hari ini.

Pada aksi terakhir Kumpulan E pusingan kelayakan itu, penyerang Suwon FC Lee Youngjun menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Muda, apabila meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-34, 74 dan 81.

Korea Selatan turut berpesta gol menerusi dua jaringan Lee Seungwon pada minit ke-57 dan penalti pada minit ke-88, manakala Bae Junho turut menepati sasaran pada minit ke-50.

Malaysia pula merapatkan jurang menerusi jaringan Adam Farhan Faizal pada minit ke-55 dan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-68, manakala Ubaidullah Shamsul dibuang padang pada minit ke-67 selepas menerima kad kuning kedua.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara gagal menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan dua teratas, selepas Mongolia membelasah Sri Lanka 6-0 pada aksi selepas itu untuk meraih tempat kedua kumpulan berdasarkan jumlah jaringan, walaupun kedua-dua pasukan berkongsi empat mata.

Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras yang memulakan kempen dengan seri 1-1 menentang Mongolia, sebelum menewaskan Sri Lanka 3-0, mengumpul enam gol, kurang satu berbanding skuad tuan rumah.

Korea Selatan telah pun mengesahkan slot ke kejohanan itu selaku juara kumpulan, selepas berpesta gol 6-0 ke atas Sri Lanka dan 7-0 menentang Mongolia.

Hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik berpeluang layak ke pusingan akhir di Uzbekistan yang dijadual berlangsung bermula 1-18 Mac depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad