web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pan Gon Optimis Tanpa Pemain Idaman Pada Piala Raja Thai

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:13AM

Piala Raja Thai akan memberi peluang kepada Kim Pan-gon menguji pemain baharu sebelum menghadapi Piala AFF, Disember ini - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon, mendedahkan ramai pemain yang dimahukannya gagal disenaraikan menjelang Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai, bermula 22 hingga 25 September ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar pemain tersebut tetapi mendakwa ia disebabkan oleh masalah peribadi dan proses pemulihan kecederaan bagi sesetengah pemain.

“Saya teruja untuk melihat reaksi mereka terhadap gaya dan falsafah pasukan, kami akan cuba membina DNA Malaysia sendiri...jadi saya mahu melihat reaksi mereka jika mereka cukup cergas.

“(Tetapi) saya rasa secara amnya sangat gembira dengan skuad ini, nampak sangat mantap dan saya akan terus mara ke hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, semalam.  

Seramai 23 daripada 25 pemain dalam senarai  melaporkan hari ini dengan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Shahrul Mohd Saad akan menyertai pasukan itu dalam beberapa hari akan datang kerana dilaporkan tidak sihat manakala seorang lagi pemain pertahanan, Dion Cools, akan menyertai pasukan itu di Thailand.

Skuad tersebut akan berlepas ke Chiang Mai, Selasa ini.

Mengulas mengenai perlawanan pertama menentang tuan rumah, jurulatih dari Korea Selatan itu, berkata ia adalah peluang baik untuk menguji anak buahnya menghadapi lawan yang berada di kedudukan yang lebih tinggi.

Kedudukan mencerminkan beberapa tahun kebelakangan ini apa yang telah mereka lakukan tetapi tidak menggambarkan detik ini...kami akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka dan kami mahu melihat persembahan yang baik," katanya.

Dalam pertandingan empat penjuru, Malaysia yang berada di kedudukan ke-148 dunia, akan menentang Thailand (111) pada 22 September manakala Trinidad & Tobago (101) akan berdepan dengan Tajikistan (109).

Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu di final pada 25 September manakala pasukan yang kalah akan bersaing untuk tempat ketiga.

Malaysia pada era 1970-an pernah menjuarai empat edisi Piala Raja Thai, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Piala Raja Thai akan memberi peluang kepada Pan-gon menguji pemain baharu sebelum menghadapi Piala AFF, Disember ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam