web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sepang ‘Makanan’ Saya - Damok

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 4:26PM

Syarifuddin Azman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba muda negara Syarifuddin Azman optimis untuk menaiki podium pada Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober ini.

Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran itu namun meletakkan keyakinan besar kerana sudah biasa dengan keadaan trek SIC.

“Sepang (SIC) ni tempat saya, ‘makanan’ saya, jadi saya dah tahu jalan dia, tapi Oktober nanti kemungkinan cuaca hujan, jadi saya perlu persiapkan diri saya, mental untuk lebih baik.

“Saya juga harap sokongan peminat Malaysia di SIC nanti dapat membantu saya untuk lebih bersemangat,” katanya kepada pemberita selepas menerima tajaan daripada Racing Boy (RCB) bagi perlumbaan itu.

Beliau yang menerima tiket ‘wildcard’ bersama Vision Track Racing Team untuk perlumbaan itu berkata kelebihan berlumba menggunakan jentera dan krew pasukan sama seperti di FIM Junior GP, turut membakar semangatnya untuk berada dalam kelompok hadapan pada GP Malaysia nanti.

“Krew itu dah jadi macam keluarga saya sendiri, saya selesa dan yakin dengan mereka, saya yakin diri saya boleh buat,” katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu kini menduduki tempat ketiga daripada 27 pelumba dalam kedudukan Junior GP dengan 107 mata, bakal beraksi buat kali kelima di saingan Moto3 MotoGP, kesemuanya menerusi tiket wild card.

Beliau membuat penampilan pertama di GP Aragon pada musim lepas dengan kedudukan ke-13, kemudian meraih kedudukan ke-24 di GP Portugal (22-24 April), tempat ke-22 di GP Sepanyol (29 April-1 Mei) dan tempat ke-19 di GP Catalunya (3-5 Jun) pada musim ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata penjualan tiket kini telah menghampiri 50 peratus.

“Dijangka terdapat 8,000 peminat di Indonesia hadir ke perlumbaan ini dan setakat ini 5,000 peminat telah membeli tiket,” katanya.

Azhan Shafriman yakin sasaran 170,000 penonton yang ditetapkan SIC dapat direalisasikan berdasarkan komitmen dan pengalaman luas selaku penganjur utama kejohanan itu. - Bernama

 TAG: Damok, MotoGP, Sepang, SIC, Azhan Shafriman Hanif

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad