Berita Terkini

7 minit yang lalu: Mengekalkan kadar OPR terlalu rendah begitu lama seperti yang dilihat di negara lain boleh menjurus kepada ketidakseimbangan, menyebabkan tekanan inflasi dan melemahkan mata wang - BNM 20 minit yang lalu: Prospek tahun depan akan lebih mencabar disebabkan beberapa faktor – ketegangan dan konflik geopolitik yang kian meningkat, tekanan inflasi global serta pasaran kewangan tidak menentu - BNM 2 jam yang lalu: Zubaidah dilantik KP baharu Istana Budaya 2 jam yang lalu: Insiden rusuhan di Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan 2 jam yang lalu: Bajet 2023: APMM mahu bilangan aset, anggota ditambah

IKUTI KAMI


Sayangnya Pemain JDT Tak Pandai Cakap Johor - MB Kedah

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 10:33AM

Muhammad Sanusi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tahniah JDT menang Piala FA semalam … Sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor.”

Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan kemenangan 3-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC pada final Piala FA malam tadi.

 Kata-kata itu dimuat naik Muhammad Sanusi di Facebook yang memaparkan video beliau menggeser biola lagu dari filem Bollywood terkenal Mohabbatein ketika menghadiri Festival Melodi Sungai Kedah.

Beliau turut meletakkan emoji menutup mulut dan ketawa pada hantaran berkenaan.

Hantaran itu menerima 7,600 tanda suka dan emoji ketawa, 2,500 komen dan lebih 700 perkongsian selepas kira-kira dua sejam dimuat naik.

Tindakan Muhammad Sanusi menerima pelbagai komen dari netizen dengan kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan beliau yang seolah-olah dianggap ‘tidak profesional’, malah segelintir memerlinya memandangkan pasukan Kedah tidak berjaya ke perlawanan akhir itu.

 

Tahniah JDT menang Piala FA semalam... sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor. 🤭🤭😅

Posted by Muhammad Sanusi Md Nor on Saturday, September 10, 2022

“Sebagai pemimpin, Sanusi tak menunjukkan sikap dan teladan yang bagus untuk dijadikan contoh, menggunakan kedudukan ajak rakyat berpecah hanya kerana sukan dan memupuk kebencian, nak benci, benci sendiri jangan ajak orang untuk membenci…,”

“Tak payah cakap banyak. Team (pasukan) Kedah bungkus awal. Ikat tepi,”

“Sudah-sudahlah, buat la kerja yang berfaedah untuk rakyat,”

“Tahniah juga buat MB (Menteri Besar) Kedah…anda memang juara menyindir,”

“Rasanya maksud dia pemain Johor kebanyakan bukan anak Johor lah tu, beli sana beli sini,” itu antara beberapa komen diberikan netizen berhubung tindakan Sanusi.

Terdahulu, Getaran melaporkan dua hari menjelang perlawanan akhir itu, Muhammad Sanusi yang juga MB Kedah, berterus-terang menyatakan sokongannya kepada pasukan Terengganu FC.

Malah, beliau yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia akan menyokong Terengganu FC.

Katanya, hanya orang Johor akan memberikan sokongan kepada pasukan dari selatan tanah air itu, manakala penduduk di negeri lain pastinya memihak kepada Terengganu.

“Saya sokong Terengganu FC sebab isteri saya orang Terengganu dan setakat ini, saya belum kahwin orang Johor lagi. Lagipun biasanya orang macam saya sentiasa sokong pasukan ‘underdog’.

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan ‘pergi’ ke Terengganu dan kalau tak percaya, tunggu. Orang Johor saja sokong JDT, manakala yang lain, semua Terengganu,” katanya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Juara Liga Super Kali Kesembilan Berturut-Turut

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Netizen Kecam SNBJ ‘Pokai’, Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang

3

Sukan 3 minggu yang lalu

PIALA FA: 2 Gol Bergson Bantu JDT Hadiah Kejuaraan Sulung Buat Bidaglio

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Warganet Kritik Persembahan Lagu Negaraku, Cukup Nyanyikan Versi Normal 

Sorotan

1

Bukit Lagong ‘Ditarah’: NGO Tuntut Kerajaan Selangor Bersuara Atau Diheret Ke Mahkamah

2

PAS Mungkin ‘Cerai’ PN Untuk Bersama UMNO

3

5 Artis Popular China Yang Diharamkan Dalam Industri Hiburan Negara Itu

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Bersatu Mahu Kepimpinan UMNO Ambil Kira Kepentingan Rakyat Sebelum Bubar Parlimen

Politik 1 hari yang lalu

Edmund Santhara, Xavier Jayakumar Sertai PBM

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

FELCRA Timbang Hapus Hutang Lapuk 30 Tahun, Babit Nilai RM230 Juta 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Bajet 2023, Kebaikan Atau Keburukan Kepada UMNO?

oleh Amar Shah Mohsen