web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SIC Harap MotoGP Malaysia Boleh Beroperasi Oktober Ini

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 8:25AM

Azhan Shafriman Hanif.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menaruh harapan tinggi Kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia dijadual berlangsung pada Oktober depan dapat dianjurkan selepas pembatalan perlumbaan itu musim lepas ekoran pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata sokongan daripada pelbagai pihak khususnya kerajaan amat diperlukan dalam merealisasikan impian tersebut.

Beliau berkata pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan perbincangan akan diadakan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Maslaysia (KKM) bagi menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk kejuaraan tersbut.

"Pada masa ini, masih terlalu awal untuk saya menyatakan mengenai perancangan penganjuran MotoGP, dalam masa terdekat sekiranya kerajaan memberi lampu hijau, SIC akan membuat satu pengumuman," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Hari ini merupakan ulang tahun pertama Azhan Shafriman dilantik sebagai CEO SIC menggantikan Datuk Razlan Razali yang diberi tanggungjawab sebagai prinsipal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Sementara itu, Azhan Shafriman berkata lebih 80 peratus pembeli tiket perlumbaan musim lepas diberikan pilihan sama ada untuk membuat penebusan semula atau menggunakannya bagi saingan musim ini.

Bekas Ketua Perikatan Strategik Jabatan Penjenamaan Petronas itu berkata garis masa untuk berbuat demikian adalah sehingga September depan.

Mengikut kalendar perlumbaan MotoGP 2021, GP Malaysia dijadual berlangsung dari 29 hingga 31 Okt. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad