web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MSN Minta Usah Sensasi Isu Lee Peng Di Media Sosial

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:43AM

Bekas atlet para renang negara, Koh Lee Peng (kanan) dan mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Kiong - Gambar Shopee.com.my/Handmade Tissues Bag

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) meminta pengguna media sosial agar tidak 'mensensasikan' isu berhubung nasib dialami bekas atlet para negara, Koh Lee Peng.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata sekiranya mereka kerap memainkan isu atau memuat naik hantaran berhubung Lee Peng di media sosial, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah kerajaan mengabaikan nasib dihadapi bekas perenang kebangsaan itu.

Katanya, pelbagai cara dibuat bagi membantu Lee Peng sebelum ini namun bekas atlet itu tetap menolak bantuan diterima termasuk tawaran memasuki program keusahawanan hasil kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan MSN, khusus bagi bekas atlet yang berminat dalam sektor itu.

Ahmad Shapawi berkata pemenang tujuh pingat emas Sukan Para ASEAN (APG) itu tetap tidak berganjak daripada pendiriannya yang lebih selesa “berdiri di atas kaki sendiri” dengan bergerak menggunakan kerusi roda menjual barangan kecil dan kantung tisu di ibu negara.

“Pintu sentiasa terbuka untuk Lee Peng dan hanya menunggu masa sama ada individu berkenaan  bersedia datang ke depan sertai program ditawarkan selain ikhlas mahu majukan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Isu berhubung Lee Peng kembali menjadi topik bualan hangat netizen apabila seorang pendakwah terkenal memuat naik video perjumpaannya bersama atlet berkenaan, di laman Instagram baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Shapawi berharap agar Lee Peng tidak lagi memakai jersi mahupun menayangkan pingat dimenangi ketika sedang berniaga.

“Pemakaian baju wira Malaysia serta kalungan pingat sememangnya tidak salah tapi tidak berapa sesuai  kerana beliau telah nikmati pelbagai insentif kemenangan ketika menjadi atlet.

Kita tak boleh paksa kerana itu haknya…ia mungkin teknik nak lariskan perniagaannya namun saya harap ada pendekatan lain yang boleh ditonjolkan Lee Peng selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyeru semua pihak untuk tidak cuba mengeksploitasi isu berkenaan demi agenda peribadi masing-masing kerana pihaknya termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN dan agensi lain sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepada Lee Peng.

“Jangan jatuhkan martabat dan nama baik atlet negara demi kepentingan diri ataupun politik. Ia akan mencetuskan persepsi negatif yang boleh mengakibatkan Keluarga Malaysia keliru dan tidak mahu memberikan sokongan padu kepada setiap atlet negara," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad