web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur LTdL22 Umum Senarai 6 Pasukan Jelajah Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 3:04PM

Para peserta Le Tour de Langkawi tahun 2019 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL22), Human Voyage hari ini mengumumkan enam pasukan berstatus Jelajah Dunia yang akan menyertai perlumbaan jelajah berbasikal terulung di Asia itu yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober.

Enam pasukan itu ialah UAE Team Emirates dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan dari Kazakhstan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL22 Shahaizereen Abdul Hamid berkata pihaknya sangat berbangga kerana dapat membawa masuk enam pasukan profesional terbaik dalam senarai Pasukan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tahun ini, kerana mereka ingin menyajikan aksi berkualiti tinggi kepada peminat sukan berbasikal tempatan.

“Lima daripada enam pasukan berkenaan akan membuat penampilan sulung dalam LTdL kerana Astana- Qazaqstan telah menyertai perlumbaan ini beberapa kali.

“Penyertaan pasukan berkelas tinggi ini akan menjadikan edisi tahun ini antara penganjuran terbaik dari segi kualiti penyertaan pasukan terkemuka dunia yang akan mempersembahkan pertandingan berkelas dunia kepada peminat sukan berbasikal tempatan dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shahaizereen berkata tiga pasukan dengan status ProTeam telah mengesahkan penyertaan mereka dalam jelajah edisi ke-26, tahun ini.

 Pasukan itu ialah Drone Harper-Androni Giacattoli dari itali yang juga peserta tetap LTdL, UNO-X Pro Cycling dari Norway dan Alpecin-Deceuninck (Belgium).

“Pada masa ini, kami sedang mengesahkan pasukan lain untuk mengisi slot ProTeam,” katanya.

Antara pasukan yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan jelajah berbasikal berprestij itu ialah dua pasukan profesional benua tempatan iaitu Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC), selain pasukan serantau seperti pasukan kebangsaan Malaysia, Thailand Continental Team dari Thailand dan Team UKYO (Jepun).

LTdL22 akan bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur sejauh 157.3 kilometer (km); Peringkat 2 Kuala Klawang-Raub (178.9km); Peringkat 3 Putrajaya-Genting Highlands (123.7km); Peringkat 4 Sabak Bernam-Meru Raya (137.9km); Peringkat 5 Kuala Kangsar-Kulim (172.0km); Peringkat 6 Georgetown-Alor Setar (120.8km); Peringkat 7 Kuah-Gunung Raya (90.8km) dan Peringkat 8 Loop Langkawi (115.9km). - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad