web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Bakal Terima Insentif Tambahan - Ahmad Faizal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:27PM

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik bergambar bersama pingat Kejuaraan Dunia mereka sebaik tiba di KLIA hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dua wira badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menerima insentif tambahan daripada kerajaan atas kejayaan mereka merangkul gelaran dunia sulung buat Malaysia, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ganjaran khas itu merupakan tambahan kepada RM20,000 seorang di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang disediakan kementerian berkenaan.

“Ini kejayaan pertama anak Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia, maka tentunya KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan memastikan ganjaran atau sumbangan selain daripada SHAKAM akan diberikan kepada mereka.

“Jumlahnya saya tidak akan umumkan sekarang… kita nak mereka menang lagi banyak gelaran,” katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan Aaron-Wooi Yik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ahad lepas, Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama memenangi gelaran dunia selepas penantian 45 tahun dengan menewaskan gandingan berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 pada pentas final di Tokyo, Jepun.

Berikutan itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan ganjaran RM150,000 setiap seorang daripada BAM serta RM50,000 seorang menerusi penaja Yonex.

Ganjaran khas daripada KBS itu dijangka diberikan pada satu majlis minggu depan bagi meraikan pemenang pingat dan pemberian SHAKAM bagi beberapa kejohanan dan temasya termasuk Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Sementara itu, Ahmad Faizal berharap peminat sukan tanah air tidak terlalu ‘keras’ dalam mengkritik atlet sekiranya mereka tidak dapat mempamerkan prestasi diharapkan pada mana-mana kejohanan.

“Kritikan naikkan semangat untuk perbaiki prestasi adalah baik tetapi jangan terlalu kasar sehingga mereka patah semangat untuk berjuang.

“Kita sebagai penyokong perlu cari jalan untuk membangkitkan semangat mereka.

“Dulu Aaron-Wooi Yik dikritik kerana selalu kalah di separuh akhir tetapi mereka tak putus asa, terus berjuang tanpa mengira tohmahan dan mereka buktikan dengan bawa pulang mahkota sulung negara dari Kejohanan Dunia,” katanya dan menambah bahawa kejayaan itu amat signifikan sebagai hadiah terbaik bagi rakyat Malaysia yang meraikan Hari Kebangsaan 2022 semalam. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad