Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Djokovic Tidak Akan Beraksi Di Terbuka AS Kerana Status Vaksinasinya

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 11:50AM

Novak Djokovic tidak dapat beraksi di Terbuka AS yang bakal membuka tirainya pada Isnin - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Novak Djokovic pada Khamis berkata beliau tidak dapat beraksi di Terbuka AS, yang bakal membuka tirainya pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Malangnya, saya tidak dapat pergi ke New York kali ini untuk menyertai Terbuka AS. 

"Terima kasih NoleFam (hantaran dari sekumpulan peminatnya) atas mesej kasih sayang dan sokongan anda,” kata pemain berusia 35 tahun itu menerusi ciapan di Twitter.

Beliau menambah: "Selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya! Saya akan kekalkan stamina dan berfikiran positif serta menunggu peluang untuk bertanding semula. 

“Jumpa anda tidak lama lagi di dunia tenis!"

Legenda tenis Serbia itu tidak menerima suntikan vaksin COVID-19, dan Amerika Syarikat mewajibkan mereka yang ingin masuk ke negara itu untuk melengkapkan suntikan vaksinasi.

Djokovic, yang memenangi 21 gelaran Grand Slam, merupakan juara Terbuka AS 2018 bagi kategori perseorangan lelaki. 

Beliau juga terlepas peluang untuk beraksi di Terbuka Australia tahun ini kerana status vaksinasinya. - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 7 jam yang lalu

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera