web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT II Kembali Ke Puncak Teratas Liga Premier

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:45AM

Johor Darul Ta’zim (JDT) II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier daripada Kelantan FC selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN, 2-0 semalam - Gambar Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier daripada Kelantan FC selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN, 2-0, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam

Pasukan kendalian Mariano Raul Echeverria yang menguasai perlawanan, hanya memerlukan empat minit untuk merobek gawang tuan rumah, apabila pemain tengah import Levy Madinda melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti, untuk menewaskan penjaga gol Aizat Aiman Mazlan.

Bersambung babak kedua, JDT II yang terus mengasak kubu skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras berjaya menghasilkan gol kedua menerusi pemain kebangsaan Junior Eldstal, apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru tonggak import Moussa Sidibe, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk dibawa pulang pelawat.

Walaupun berkongsi 36 mata, JDT II memintas Kelantan FC yang berada di tangga kedua susulan perbezaan gol yang besar antara kedua-dua pasukan, selepas 16 perlawanan.

Skuad Projek FAM-MSN pula kekal di tangga terbawah liga dengan lima mata. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar