web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Kandas Di Pusingan Ketiga, Aaron-Wooi Yik Tempah Slot Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 6:58PM

Cabaran Zii Jia tamat di pusingan ketiga. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impian jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 musnah selepas disingkirkan pemain China, Zhao Jun Peng, pada pusingan ketiga saingan yang berlangsung di Tokyo, hari ini.

Turun selaku pilihan kelima kejohanan, Zii Jia, yang dilihat gagal mempamerkan prestasi sebenarnya, tumpas kepada pemain berada di ranking ke-23 dunia itu, 19-21, 21-11, 19-21 dalam pertarungan selama 65 minit di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Mengulas mengenai aksinya, Zii Jia mengakui banyak melakukan kesilapan sehingga menyaksikan pemain China itu berjaya menempah slot ke suku akhir menentang pemain India, HS Prannoy yang menundukkan rakan sepasukannya, Lakshya Sen, 17-21, 21-16, 21-17.

“Saya akan cuba supaya lebih tenang dan menstabilkan lagi prestasi saya untuk kejohanan seterusnya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat seterusnya selepas mengecewakan pasangan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, 21-17, 21-19.

Pasangan ranking keenam dunia, yang juga pilihan keenam kejohanan itu, sama ada akan bertemu pasangan pilihan ke-10 dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae atau pasangan pilihan keempat dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di suku akhir, esok.

Juara beregu wanita Sukan Komanwel 2022 Birmingham, Pearly Tan-M Thinaah, terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar pada pusingan ketiga oleh pasangan pilihan kelima kejohanan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 21-16, 21-16.

Nasib sama turut dialami beregu profesional wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang, ditewaskan pilihan ketiga dari  Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, 21-13, 21-16.

Sementara itu, pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melakar kejutan apabila menundukkan gandingan Perancis, yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 21-4.

Soon Huat-Shevon Lai, selaku pilihan ke-11 kejohanan, akan bertemu pasangan Jepun yang juga pilihan ketiga kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, selepas mengatasi wakil Thailand, Robin Tabeling-Selena Piek, 21-12, 21-19.

Satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, menampilkan aksi cemerlang apabila menyingkirkan pasangan tuan rumah, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya, 21-12, 21-4, dalam pertarungan selama 41 minit.

Tugas berat menanti pasangan pilihan kelapan kejohanan itu apabila dijadual berentap dengan pilihan utama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, selepas gandingan China itu menewaskan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-9, 19-21, 21-19. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar