Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


JDT Terus Gah Terajui Liga Super

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 7:58AM

Arif Aiman Mohd Hanapi membuka jaringan untuk JDT. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi Liga Super 2021 selepas menewaskan  Sabah FC, 4-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Skuad bimbingan Benjamin Mora itu tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan apabila pemain sayap muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi yang tidak dikawal menyambut hantaran dari tengah padang oleh Mohd Afiq Fazail, sebelum melepaskan rembatan leret ke sebelah kanan gawang gol Sabah FC untuk meletakkan JDT di depan pada minit ketujuh.

Seminit kemudian, penyerang import JDT dari Brazil Bergson Da Silva menyumbat masuk bola ke dalam gol Sabah selepas cubaan pertamanya gagal ditampan dengan kemas penjaga gawang tuan rumah Robson Rendy Rining.

Bersambung babak kedua, Sabah FC merapatkan jurang hasil sepakan penalti pemain tengah import, Levy Clement Madinda pada minit ke-58, namun layangan kad merah kepada  Maxsius Musa yang melakukan terjahan keras terhadap Natxo Insa pada minit ke-59 merencatkan semangat tuan rumah untuk cuba bangkit semula dalam perlawanan itu.

JDT berjaya memanfaatkan kelebihan yang ada apabila Bergson sekali lagi meledak gol ketiga pelawat  pada minit ke-68 selepas menolak masuk bola hantaran dari sebelah kanan oleh Arif Aiman  sebelum seorang lagi pemain import, Leandro Sebastian Velazquez melengkapkan malam indah pasukannya menerusi jaringan keempat hasil sepakan penalti pada minit ke-87.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal berada di puncak liga dengan mengutip 17 mata selepas tujuh perlawanan manakala Sabah FC pula berada di tangga kesembilan dengan lima mata.

Pasukan Kedah Darul Aman FC pula terus mengekori rapat JDT untuk kekal di tangga kedua dengan mengutip 16 mata apabila bangkit daripada ketinggalan menerusi kemenangan ke atas Selangor FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pasukan tuan rumah yang menampilkan persembahan bertenaga pada separuh masa pertama berada di depan selepas hantaran pendek di dalam kotak penalti oleh pemain tengah, Ahmad Danial Ahmad Asri berjaya disempurnakan pemain import dari Switzerland, Oliver Buff yang mudah menolak masuk bola untuk gol pertama The Red Giants pada minit ke-32.

Asakan demi asakan oleh Kedah Darul Aman FC pada separuh masa kedua gagal menembusi gawang gol tuan rumah sehinggalah penyerang import, Kpah Sean Sherman tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-79 selepas beliau dikasari oleh pemain pertahanan Selangor FC, Tim Heubach.

Gerakan cantik dari sebelah kanan oleh Azamuddin Mohd Akil membuka ruang kepada penyerang import Tchetche Kipre untuk melepaskan sepakan leret tepat ke pintu gol pada minit ke-84, seterusnya membantu skuad “Hijau Kuning” melakar kemenangan keempat berturut-turut dalam liga.

Aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka menyaksikan penyerang import Anselmo Da Silva muncul wira membantu Penang FC menewaskan tuan rumah, Melaka United FC, 2-1, untuk melonjak ke tangga ketiga liga dengan 14 mata.

Anselmo meletakkan Penang FC di depan pada minit ke-39 dan menggandakan jaringan pada minit ke-48 sebelum Stefan Nikolic memperoleh gol sagu hati buat tuan rumah pada minit ke-68.

Jaringan penalti penyerang import, Jordan Mintah pada minit ke-75 menyelamatkan Terengganu FC daripada tewas di tangan Sri Pahang FC pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, yang berkesudahan seri 1-1.

Terdahulu, rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Mohamad Nor Azam Abdul Azih meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-17 dan keputusan malam ini menyaksikan Terengganu FC jatuh di tangga keempat dengan 12 mata manakala Sri Pahang FC mengutip lima mata untuk menghuni kedudukan ke-10 liga.

Sementara itu, aksi Liga Premier menyaksikan pasukan Kelantan United FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas dikecewakan jiran tetangga, Kelantan FC, 0-2, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Penyerang import Jack Raymond Hindle meletakkan Kelantan FC di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 sebelum Nurshamil Abd Ghani melengkapkan kemenangan berharga pasukannya menerusi jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Terengganu FC II pula terus kempunan untuk mencatat kemenangan selepas merekodkan lima keputusan seri berturut-turut, kali ini dengan pasukan tuan rumah Perak FC II, 0-0, di Stadium Perak, Ipoh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kelantan FC Tidak Layak Beraksi Dalam Liga Super 2024-2025

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 6 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah