web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pesakit Kanser Gigih Jalani Latihan Ke Regatta Perahu Naga Antarabangsa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 5:39PM

Setiap Ahad, kira-kira 50 wanita berumur antara 50 dan 70 tahun berkumpul di Kelab Tasik Putrajaya untuk berlatih. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masih banyak perkara boleh dilakukan dalam kehidupan selepas sembuh daripada kanser, kata Presiden Kelab Bot Naga Pink Challengers, Debbie Wong.

Beliau berkata, justeru, pada setiap Ahad, kira-kira 50 wanita berumur antara 50 dan 70 tahun berkumpul di Kelab Tasik Putrajaya dengan dayung di tangan dan memakai jaket keselamatan untuk mengemudi bot di tasik itu.

Katanya, kesemua wanita terbabit adalah bekas pesakit kanser payudara.

Kelab Bot Naga Pink Challengers akan bertanding di Regatta Perahu Naga Antarabangsa Sarawak ke-8 yang akan diadakan pada Oktober. - Gambar oleh Azim Rahman
Kelab Bot Naga Pink Challengers akan bertanding di Regatta Perahu Naga Antarabangsa Sarawak ke-8 yang akan diadakan pada Oktober. - Gambar oleh Azim Rahman

Debbie berkata, kumpulan itu sedang bersiap sedia untuk bertanding pada Regatta Perahu Naga Antarabangsa Sarawak ke-8 yang bakal dianjurkan pada Oktober depan di Kuching, Sarawak.

“Oktober adalah Pink October, ia adalah bulan kanser payudara di seluruh dunia.

“Malaysia buat pertama kalinya akan mengadakan kategori perlumbaan kanser. Jadi, kami teruja dengan itu,” katanya.

Kejohanan itu diadakan semula di negara ini selepas ditunda selama lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Menurut Debbie, bagi persediaan Wanita Pink Challengers, mereka bukan berlatih sendiri, tetapi dibimbing atlet lumba bot tradisional negara dan jurulatih Sukan Malaysia (SUKMA), Azhari Hussen.

Antara ahli Kelab Bot Naga Pink Challengers. - Gambar oleh Azim Rahman
Antara ahli Kelab Bot Naga Pink Challengers. - Gambar oleh Azim Rahman

Azhari berkata, beliau kagum dengan kerjasama dan semangat berpasukan kumpulan itu yang luar biasa.

“Prestasi mereka bertambah bagus sejak beberapa tahun lalu dan saya boleh katakan mereka menunjukkan prestasi yang baik di rantau Asia,” katanya.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan inspirasi mereka, The Vibes Sports and Fitness ke Putrajaya baru-baru ini untuk melihat sendiri bagaimana wanita berani terbabit, membuat persediaan untuk kejohanan itu. - The Vibes, 21 Ogos 2022

 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tertekan Hidap Kanser Payu Dara, Gadis Cuba Bunuh Diri

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar