web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sejarah Tercipta, Malaysia Juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 7:00AM

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara cipta sejarah menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 selepas mengatasi juara bertahan Iran 3-2 di Bangkok, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan menewaskan juara bertahan Iran, 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bangkok, Thailand hari ini.

Gelaran julung kali itu diraih selepas kedudukan terikat 4-4 dalam masa permainan sebenar di Stadium Tertutup Huamark, sekali gus menyaksikan Malaysia berjaya menamatkan dominasi Iran selaku juara lapan kali berturut-turut sejak edisi pertama pada 2008.

Pada saat genting penentuan pukulan penalti, jaringan Muhamad Izham Azhar, Norsyafiq Sumantri dan Shello Silverius selain kecemerlangan penjaga gol Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman menafikan satu daripada percubaan Iran, berjaya menjulang Malaysia selaku juara.

Lebih manis, Norsyafiq Sumantri dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Terdahulu dalam masa permainan sebenar, Iran yang menduduki ranking ketiga dunia berada di depan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Mohsen Bohlouli sebelum Malaysia bangkit mendahului 2-1 hasil gol padang Muhammad Ashran Hamsani dan Shello Silverius pada minit ke-12 dan ke-16.

Empat minit kemudian, Amirmahdi Mirzakhani meledak gol penyamaan Iran melalui jaringan padang sebelum Malaysia kembali mendahului apabila Mohd Norhafizie Jamil Azomi menyumbat gol padang pada minit ke-26.

Pasukan lawan berjaya menjadikan kedudukan 3-3 hasil gol padang Mohammad Karimi pada minit ke-32 sebelum Muhammad Ashran mencetak gol padang kedua peribadinya (minit ke-36), namun Iran sekali lagi bangkit mengikat kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Hamid Nooranian pada minit ke-38.

Ketua jurulatih negara Muhammad Amin Rahim yang gembira dengan pencapaian dilakar skuad bimbingannya memuji mutu permainan serta semangat juang ditampilkan barisan pemain dalam memburu kejayaan bersejarah itu.

“Kesungguhan mereka bermain bermati-matian untuk mencapai matlamat pasukan harus dipuji. Setiap pemain telah beri persembahan terbaik dan inilah hasil usaha keras mereka. Bukan mudah bermain tujuh perlawanan dalam tempoh lapan hari.

“Ini adalah satu sejarah dan saya harap sukan hoki dalam dewan akan terus diberikan perhatian kerana kita ada potensi yang besar untuk beraksi di peringkat lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp kepada media hari ini.

Sebagai rekod, skuad hoki dalam dewan lelaki negara menamatkan kemarau lapan tahun untuk beraksi di pentas final selepas kali terakhir pada edisi 2014 di Changhua, Taiwan, yang menyaksikan Malaysia tewas 1-5 kepada Iran.

Sementara itu, pada saingan wanita Malaysia tidak pulang tangan kosong apabila berjaya merangkul gangsa dengan mengatasi Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di venue sama sekali gus memperbaiki pencapaian menduduki tempat keempat pada edisi 2019.

Pada pertembungan itu, dua gol pasukan negara hadir menerusi pukulan penalti yang disempurnakan Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob masing-masing pada minit ke-15 dan ke-39. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad