web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Zahra, Peserta Cilik Berjaya Menamatkan Acara Iron Kids

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 3:00PM

Hannah Zahra Mat Zainizam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Penantian selama dua tahun peserta cilik Hannah Zahra Mat Zainizam untuk menyertai Iron Kids berbaloi selepas muncul peserta perempuan pertama berjaya menamatkan saingan itu, di sini semalam.

Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 berusia 10 tahun itu berkata kali terakhir dia menyertai Iron Kids adalah pada 2019 di Langkawi sebagai peserta kelima menamatkan acara itu.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata dia membuat persediaan selama tiga bulan bagi menghadapi saingan Iron Kids dan memperuntukkan masa berlatih pada setiap kali pulang dari sekolah.

“Selepas balik sekolah saya fokus berlatih untuk larian, sebelah malam berbasikal dan sekiranya ada waktu terluang saya berlatih berenang pula.

“Saya rasa sangat bangga (sebab) ini kali pertama dapat tempat pertama, kali terakhir sertai Iron Kids pada 2019 dapat nombor lima,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Menyifatkan kesemua acara mempunyai cabaran tersendiri, Hannah Zahra berkata dia tidak serik dan akan terus menyertai Iron Kids pada masa akan datang.

Sementara itu, peserta lelaki Ikram Shrudin Johari, 10, berkata dia tidak menyangka  menjadi peserta kelima menamatkan saingan meskipun kali pertama menyertainya.

“Puas hati sebab dapat lima terbaik, boleh kata semua acara dalam Iron Kids mencabar. 

“Tetapi yang paling mencabar apabila saya habiskan tenaga untuk berenang dan berbasikal, selepas itu berlari rasa paling penat...tetapi syukur tetap dapat lima teratas,” kata murid Sekolah Rendah Islam Hidayah itu.

Sebanyak 122 peserta kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun daripada 10 negara menyertai Iron Kids semalam, sekali gus membuka tirai penganjuran kejohanan sukan ekstrem Iron Man 70.3 Desaru Coast.

Peserta kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan itu terlibat dalam acara renang 100 meter, berbasikal empat kilometer dan larian 1.3 kilometer.

Iron Kids mendapat sambutan hangat dengan ibu bapa dilihat turut memberikan sokongan padu dan memberikan kata-kata semangat serta turut sama berlari di samping mereka.

Acara 5150 Desaru Coast dan Desaru Coast Sprint Triathlon bermula hari ini, manakala acara kemuncak Iron Man 70.3 Desaru Coast pula berlangsung esok. - Bernama

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad