web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Bijak Ambil Kesempatan Jinakkan Penang FC 2-0

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:14AM

Syahir Bashah meraikan jaringannya menentang Penang FC semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC menamatkan kemarau tiga perlawanan Liga Super tanpa kemenangan selepas mencipta kejayaan 2-0 ke atas Penang FC yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Dua penyerang gantian masing-masing Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Muhamad Syahir Bashah yang dibawa masuk pada babak kedua permainan muncul wira pasukan apabila mencetak nama sebagai penjaring bagi memastikan skuad Gergasi Merah meraih tiga mata berharga.

Kemenangan itu terus menyalakan peluang Selangor untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan teratas apabila melonjak ke tangga kelima dengan 15 mata selepas 10 perlawanan.

Bagaimanapun, pada aksi menentang skuad Harimau Kumbang itu, Selangor dibimbing Michael Feichtenbeiner buntu mencipta jaringan sehingga di babak kedua selepas pemain pertahanan lawan Ahmad Sukri Ab Hamid dilayangkan kad merah susulan menerima kad kuning kedua pada minit ke-68.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya Selangor yang berjaya memecah kebuntuan menerusi Muhammad Shahrel pada minit ke-73 sebelum rembatan Muhamad Syahir dari luar kotak penalti enam minit kemudian mengesahkan kemenangan keempat musim ini.

Sebagai rekod, Selangor tewas 1-5 kepada pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) dan 0-2 di tangan Melaka United, selain seri 1-1 menentang Sabah dalam tiga perlawanan terakhir.

JDT kini di persada liga dengan mengumpul 26 mata, diikuti Sabah FC kedua (22), Negeri Sembilan FC (20) dan Terengganu FC di tempat keempat dengan mengutip keseluruhan 16 mata manakala Penang kekal di kedudukan tercorot meraih keseluruhan tujuh mata.

Dalam pada itu, Petaling Jaya (PJ) City FC terus kempunan meraih kemenangan selepas empat perlawanan apabila seri tanpa jaringan ketika bertemu juara Piala Malaysia 2021 Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Sementara itu, gol penyamaan pemain gantian PDRM FC, Mohamad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-86 memusnahkan harapan Kelantan United FC untuk menamatkan kemarau kemenangan selepas seri 1-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan tuan rumah yang memburu kemenangan pertama dalam lima aksi terakhir terlebih dahulu di depan menerusi sentuhan Mohamad Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-59.

Keputusan sama di Stadium Perak, Ipoh apabila Perak FC berjaya mengikat pendahulu Terengganu FC (TFC) II tanpa jaringan sekali gus akhirnya mengumpul satu mata selepas dikenakan hukuman pemotongan sembilan mata, April lepas, susulan isu tunggakan gaji.- Bernama

TAG: bola sepak, rangkuman, liga malaysia, liga super, liga premier, Selangor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan