Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stadium Baharu Shah Alam ‘Boleh Dibandingkan Dengan Anfield’ – Menteri Besar Selangor

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 11:22AM

Stadium baharu yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam dijangka akan setanding dengan Stadium Anfield di Liverpool - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penyokong pasukan bola sepak Selangor FC boleh menjangkakan bahawa stadium baharu yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam, setanding dengan Stadium Anfield di Liverpool, selepas kerajaan negeri berkenaan menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada pemaju terkemuka, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) hari ini.

Ketika ditanya sama ada Stadium Shah Alam yang diubah suai atau dibangunkan semula akan lebih baik daripada Stadium Sultan Ibrahim Johor Darul Ta’zim (JDT), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ‘saya rasa ia boleh dibandingkan dengan Anfield’.

Stadium Sultan Ibrahim JDT memiliki 60,000 tempat duduk, manakala Stadium Anfield mempunyai kapasiti 53,394 tempat duduk.

Dengan pecah tanah dijangka dilaksanakan pada awal tahun depan dan siap pada 2026, Amirudin berkata, cadangan pembangunan semula kompleks Stadium Shah Alam akan memenuhi keperluan sukan luar dan dalam negara.

“Ini masih dalam perbincangan; Saya tidak pasti sama ada ia akan digabungkan.

“Tetapi jika ia berlaku, maka struktur baharu itu akan menjadi tuan rumah sukan dalaman dan luaran,” katanya.

Diaju persoalan mengenai aspek penyelenggaraan Stadium Shah Alam, Amirudin berkata, kos tahunan tinggi untuk menyelenggara infrastruktur itu adalah antara faktor membuatkan kerajaan merancang pembangunan semula.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata cadangan pembangunan semula kompleks Stadium Shah Alam akan memenuhi keperluan sukan luar dan dalam negara - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata cadangan pembangunan semula kompleks Stadium Shah Alam akan memenuhi keperluan sukan luar dan dalam negara - Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Memandangkan stadium sekarang adalah besar, kos penyelenggaraan juga tinggi, iaitu RM5 juta setahun.

“Jadi, keputusan untuk membina stadium lebih kecil dan bersaiz sesuai adalah lebih baik bagi memenuhi kehadiran peminat, selain lebih mudah untuk diselenggara,” tambahnya.

Beliau berkata, pembinaan Stadium Shah Alam baharu itu adalah lebih berdaya maju daripada segi kewangan, berbanding membaiki stadium sedia ada yang berada dalam keadaan daif.

“Walaupun kita baiki stadium (Stadium Shah Alam) sekarang, kita masih akan menghadapi masalah susulan pada masa hadapan.

“Dari segi kewangan, lebih berbaloi untuk membina stadium baharu yang sudah mempunyai ciri-ciri terkini dan bukannya menaik taraf stadium sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, kos mengembalikan Stadium Shah Alam seperti zaman kegemilangannya menelan belanja RM787 juta.

Keputusan untuk membina stadium lebih kecil dan bersaiz sesuai adalah lebih baik bagi memenuhi kehadiran peminat, selain lebih mudah untuk diselenggara - Gambar Fail
Keputusan untuk membina stadium lebih kecil dan bersaiz sesuai adalah lebih baik bagi memenuhi kehadiran peminat, selain lebih mudah untuk diselenggara - Gambar Fail

Amirudin memaklumkan, rancangan untuk membangunkan struktur baharu itu diilhamkan daripada Arena Johan Cruijff di Amsterdam yang menempatkan pasukan bola sepak AFC Ajax.

Sementara itu, beliau berkata, 500 penjaja yang beroperasi pada hujung minggu di Stadium Shah Alam ketika ini, bakal dipindahkan.

“Kami akan memastikan mereka disediakan tempat sesuai untuk menjalankan perniagaan mereka, sementara stadium sekarang menjalani pembangunan semula,” katanya.

Sementara itu, majlis terbabit menyaksikan acara penyerahan LOI kepada MRCB, iaitu pemaju yang kini akan mengadakan perbincangan terperinci dengan kerajaan negeri mengenai rancangan untuk pembangunan stadium dan kawasan sekitarnya.

Terdahulu, Amirudin turut menyindir mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung komennya yang menyalahkan kerajaan negeri atas keadaan daif Stadium Shah Alam. – Getaran, 16 Julai 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 10 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM