web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stadium Shah Alam: 'Bukan Roboh, Tapi Buat Penyelenggaraan' - Noh Omar

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 7:54PM

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini tidak menafikan terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium itu pada 16 Julai ini. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG KARANG - Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata adalah sesuatu yang mendukacitakan jika kerajaan negeri mengambil keputusan itu kerana pembangunan yang sedia ada sepatutnya diteruskan kesinambungannya walaupun diterajui oleh kerajaan dan parti berbeza.

Noh berkata sebagai anak Selangor, Stadium Shah Alam mempunyai nilai sentimental kepada dirinya dan rakyat negeri itu.

“Kalau nak diruntuhkan, saya rasa dukacita kerana sepatutnya stadium terbesar dan terhebat di negeri Selangor itu diteruskan (tidak diroboh) dan penyelengaraan perlu dibuat.

“Sepatutnya bila sudah tiga penggal memerintah, stadium itu diselenggara dan dijaga sebagaimana yang kita (kerajaan Barisan Nasional) buat dahulu.

“Ia seperti rumah, kalau dibiarkan 10 tahun baru nak baiki, memang ia kena runtuh… sayang kalau nak roboh dan bina baharu,” katanya kepada pemberita semasa Program Korban Perdana Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini. 

Noh, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata persoalan sama ada kerajaan negeri melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas stadium yang dibina pada 1994 itu perlu dijawab oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. 

Sebelum ini, media melaporkan Amirudin tidak menafikan terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium itu pada 16 Julai ini. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad