web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fajar-Muhammad Rian Titip Pesanan Buat Aaron-Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 11:00AM

Fajar Alfian (kiri) dan Muhammad Ardianto menjuarai Masters Malaysia selepas mengalahkan rakan senegara Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Usah putus asa,” demikian pesanan juara beregu lelaki Masters Malaysia 2022 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto kepada pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Fajar percaya masanya pasti akan tiba bagi Aaron-Wooi Yik merangkul kejuaraan pertama mereka sejak kali pertama digandingkan pada 2017.

“Aaron-Wooi Yik pernah menang gangsa di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas dan saya percaya mereka bisa bangkit untuk meraih kejuaraan pertama nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertarungan akhir semalam.

Fajar-Muhammad Rian yang turun selaku pilihan keenam merangkul kejuaraan kedua Masters Malaysia dalam karier selepas menumpaskan senior mereka yang juga pilihan ketiga, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-12, 21-19.

Muhammad Rian pula berkata mereka juga tetap mencuba sebaik mungkin bagi mencapai rekod pertembungan antara mereka kepada 3-3 selepas tewas tiga perlawanan terdahulu menentang Aaron-Wooi Yik sebelum ini.

Pertemuan terbaru mereka pada aksi separuh akhir Masters Malaysia 2022 di Axiata Arena, Sabtu lepas berpihak kepada Fajar-Muhammad Rian, 21-14, 19-21, 21-10.

Pasangan Indonesia itu tumpas straight set 24-26, 15-21 kepada Aaron-Wooi Yik dalam pertemuan sulung mereka di Masters Malaysia 2019.

Selepas sering dibayangi pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo serta gandingan ketiga terbaik dunia, Ahsan-Hendra, Muhammad Rian berkata mereka juga tidak mudah menyerah kalah untuk membuktikan mereka mampu mencapai tahap seperti kedua-dua pasangan tersebut.

Selain menjuarai Masters Malaysia 2022, tahun ini menyaksikan Fajar-Muhammad Rian meraih dua lagi gelaran juara iaitu Masters Indonesia 2022, bulan lepas serta Terbuka Swiss 2022 pada Mac lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik Tamatkan Cabaran Di Separuh Akhir

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar