web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Tersingkir Seawal Pusingan Kedua

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 7:11PM

Zii Jia tumpas dalam rubber game. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua di Terbuka Malaysia 2022, selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung dengan sokongan padu lebih 5,000 penyokong di Axiata Arena, Zii Jia selaku pemain di ranking kelima dunia terdahulu dilaungkan amaran awal apabila tewas 21-19 kepada pemain berusia 28 tahun itu pada set pertama.

Zii Jia, 24, bangkit pada set kedua menerusi kemenangan 21-19, namun kecundang 21-16 pada set penentuan selepas pertarungan melebihi sejam.

Kemenangan itu turut membantu Rhustavito menyamakan rekod pertemuan dengan juara All England 2021 itu kepada 4-4, dengan kemenangan terakhirnya pada Terbuka Taiwan 2019, manakala pertemuan di Kejohanan Asia dan Terbuka Thailand tahun ini berpihak kepada Zii Jia.

Kekalahan itu juga menyaksikan penyokong badminton tanah air terlepas peluang menonton pertembungan suku akhir epik di antara Zii Jia dan Kento Momota esok.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Zii Jia berkata Rhustavito sememangnya seorang lawan yang sukar buat beliau berdasarkan prestasi yang dipamerkan pada pertemuan sebelum ini.

“Saya rasa hari ini memang beliau beraksi dengan bagus sekali. Tiada kesalan bagi saya, sebaik saya memutuskan untuk bertanding dalam kejohanan, saya memang akan bermain sepenuhnya, kalau ini keputusannya, saya kena terima kerana memang banyak lagi (dari segi prestasi) yang tak cukup.

“Saya rasa setiap perlawanan memang ada menang atau kalah, jadi perlawanan ini saya rasa tidak menjejaskan keyakinan saya (untuk Kejohanan Dunia). Saya tahu tahap saya, cuma bagaimana saya hendak kekalkan tahap itu,” katanya.

Penyingkiran Zii Jia bermakna cabaran Malaysia di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 750 itu berakhir, apabila dua wakil lain - Ng Tze Yong dan Liew Daren terkandas seawal pusingan pertama.

Kali terakhir wakil negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada edisi 2018, apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Momota pada final, manakala legenda China Lin Dan menjuarai edisi 2019 selepas mengatasi rakan senegara Chen Long. Dua edisi seterusnya dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Sementara itu, Rhustavito yang bersyukur dengan kemenangan itu, berasa Zii Jia telah memberikan tentangan yang sengit, namun beberapa kesilapan lawannya pada set ketiga membantunya meraih kemenangan.

“Tidak mudah untuk mengatasi pemain tuan rumah dengan sorakan penyokong yang banyak di sini. Namun, saya fokus pada perlawanan sendiri, tidak terlalu memikir beliau bermain dengan penyokong sebanyak ini, kalau fikir itu akan menjadi tekanan buat saya,” katanya.

Satu lagi aksi pusingan kedua menyaksikan pemain nombor dua dunia Momota bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long  11-21, 21-8, 21-18 mara ke pusingan lapan terakhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Melly Goeslow Nyata Masih Hebat, Memukau Peminat Di Axiata Arena

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar