web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Rangkul Gangsa Pada Kejohanan Dunia Di Budapest

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 11:06AM

Pandelela Rinong meraih gangsa dalam acara 10 meter platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, pagi ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg terus mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi selepas meraih pingat gangsa 10 meter (m) platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, pagi ini.

Kejayaan itu menyaksikan Pandelela menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Rusia dan memperbaiki kedudukan kelima yang diraih pada edisi 2019 di Gwangju, Korea Selatan.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.

Pandelela Rinong - Gambar AFP
Pandelela Rinong - Gambar AFP

Juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 16 tahun Chen Yuxi, dari China merangkul emas selepas mengumpul 417.25 mata sementara rakan senegara berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo Quan Hongchan membawa pulang perak dengan kutipan 416.95 mata.

Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo, merupakan atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Beliau akan turun beraksi dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri Khamis ini, dalam usaha mempertahankan pingat perak yang dimenangi bersama pasangan terdahulu, Datuk Leong Mun Yee pada 2019.

Dalam pada itu, cabaran Malaysia dalam acara 3m papan anjal lelaki berakhir di pusingan kelayakan selepas Muhammad Syafiq Puteh dan Chew Yiwei masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-35 dan ke-51 daripada keseluruhan 55 penerjun. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad