web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sivasangari Terlibat Kemalangan, Impian Ke Komanwel Birmingham Musnah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 3:01PM

S. Sivasangari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan kereta, pada awal pagi Ahad.

Perkara itu disahkan Pengarah Persatuan Raket Squasy Malaysia (SRAM) Mejar (B) S. Maniam yang memaklumkan Sivasangari, pembawa Jalur Gemilang ke Komanwel kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

 “Sivasangari cedera di kepala dan badan, saya nak ke sana (hospital) melawat dia, apa yang kita (SRAM) tahu sekarang Siva tidak dapat bermain untuk Komanwel. Saya sangat sedih dan kecewa perkara ini boleh berlaku.

“Petang ini, saya akan berbincang dengan para jurulatih mengenai siapa yang bakal menggantikan Sivasangari, kami mengadakan perbincangan awal pagi tadi, petang ini kita akan tengok beberapa persembahan di gelanggang kemudian kami akan berbincang untuk mengadakan beberapa perubahan”, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan bahawa seorang wanita cedera di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada pukul 3.46 pagi. 

Komander Operasi JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Pegawai Bomba Kanan II Rosman Ab Rahman berkata pihaknya menerima laporan awal melibatkan kereta Proton Saga BLM terbakar 90 peratus selepas melanggar sebuah lori muatan satu tan sebelum terbabas dan terbakar.

“Api berjaya dipadam pihak bomba dan terdapat tiga mangsa terlibat, hanya seorang mangsa mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya menaiki ambulans,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa lain dalam kemalangan terbabit ialah seorang lelaki berumur lingkungan 20 tahun yang dipercayai pemandu Proton Saga itu manakala pemandu lori lelaki berusia lingkungan 40 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sivasangari, yang merupakan pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin adalah antara harapan pingat emas buat Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad