web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Muda Malaysia Menyinar di Terbuka Poland 2021

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 8:02AM

Ng Tze Yong muncul juara selepas menewaskan Pablo Albian pada kejohanan Terbuka Poland 2021 di Gniezno, semalam. - Gambar dari Facebook Badminton Association of Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain muda badminton Malaysia memenangi tiga kejuaraan, dalam acara perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu lelaki pada Terbuka Poland 2021 yang berlangsung di Gniezno, hari ini.

Pemain berusia 20 tahun Ng Tze Yong mengejutkan pilihan kedua, Pablo Abian berusia 35 tahun dari Sepanyol 21-19, 21-11 selepas pertarungan selama 52 minit bagi merebut kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan itu.

Pablo merupakan juara 2010 dan 2011, sementara Tze Yong merupakan pemain ketiga Malaysia menjadi juara perseorangan lelaki selepas Liew Darren (2015) dan Tan Jia Wei (2017) dalam sejarah kejohanan selama 46 tahun itu. 

Ia juga merupakan kejuaraan kedua pemain nombor 136 dunia itu selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Selatan Australia 2019.

Sementara itu  Choong Hon Jian-Toh Ee Wei, kedua-duanya berusia 20 tahun menjuarai beregu campuran dengan menewaskan Nicolas A. Mueller-Ronjan Stern dari Switzwerland, 21-16 dan 21-12.

Penentuan juara beregu lelaki antara dua beregu Malaysia  menyaksikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menumpaskan Chang Yee Jun-Chia Wei Jie  21-17, 20-22, 21-19 dalam pertarungan selama 49 minit.

Kejayaan Wei Chong, 21, dan Kai Wun, 20, juga mengakhiri kemarau dua dekad negara dalam acara beregu lelaki, yang hanya dimenangi oleh Chang Kim Wai-Hong Chieng Hun pada 2000. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad