web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bola Sepak Malaysia Perlukan TMJ - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 10:51AM

Kim Pan Gon - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon terkejut dengan keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk berundur daripada menerajui Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menggesa baginda mempertimbangkan semula keputusan itu.

Pan Gon berkata jika Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) kekal dengan pendirian untuk keluar daripada dunia bola sepak, maka ia satu kerugian amat besar kepada sukan itu di negara ini.

Menurut jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, semangat cintakan bola sepak yang mendalam telah menyaksikan Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi dalam masa kurang sedekad.

“Bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Pan Gon berkata sebelum ketibaannya di sini beliau sudah mengetahui pengaruh besar Tunku Ismail terhadap arena bola sepak Malaysia.

Beliau berkata selain meletakkan JDT di tahap yang membolehkan kelab itu layak beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC, impak Tunku Ismail juga menyaksikan skuad Harimau Selatan itu mendapat pengiktirafan di seluruh Asia sekali gus membantu meningkatkan taraf bola sepak kelab di negara ini.

“Mentaliti kemenangan diterapkan Tunku Ismail adalah penting untuk melaksanakan perubahan dalam bola sepak tempatan,” katanya.

Sementara itu, Pan Gon berkata JDT telah menyalurkan lebih 15 pemainnya kepada skuad Harimau Malaya, malah mempunyai ramai pemain baharu yang lebih baik sedang dalam pembikinan.

Beliau turut menghargai tawaran Tunku Ismail supaya pasukan negara berlatih di Johor dengan menyifatkan barisan pemain yang berlatih di sana boleh mendapat manfaat daripada kemudahan terkini.

Semalam, Tunku Ismail mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya dengan menyatakan keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

Tunku Ismail diumumkan secara rasmi sebagai pemilik JDT pada Januari 2016. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad