web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KUFC Rehatkan Pemain Didakwa Terbabit Kes Rogol

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -  Kelantan United Football Club (KUFC) merehatkan seorang pemain pasukan yang didakwa terbabit dalam kes rogol remaja bawah umur.

Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, dalam satu kenyataan berkata pemain itu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga dimaklumkan kelak.

Menurutnya langkah itu diambil susulan dakwaan pelakuan tidak bermoral yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan pemain berkenaan.

"Pihak KUFC memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan penuh berkenaan kes yang didakwa terhadap pemain tersebut.

"KUFC sentiasa mendukung undang-undang negara dan berpendirian tidak bertolak ansur dengan sebarang pelakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam kelab," katanya.

Beliau berkata KUFC tetap berpegang pada prinsip 'seorang itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah', namun jika didapati bersalah, satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.

Sebelum ini, media melaporkan pemain berusia 28 tahun itu ditahan dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata pemain itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan remannya tamat pada 3 Jun lepas dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi