web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Quartararo Lebarkan Jurang Di Puncak Kejuraan Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 7:54AM

Quartararo meraikan kemenangan GP Catalonianya di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MONTMELÓ - Juara dunia MotoGP bertahan Fabio Quartararo melebarkan jurang mata dalam saingan kejuaraan musim ini selepas memenangi GP Catalonia.

Ini dibantu oleh kesilapan daripada pesaing terdekatnya Aleix Espargaro yang berasal dari Sepanyol.  

Kegembiraan penunggang dari Perancis itu berbeza dengan pelumba Aprilia Espargaro, yang mengalami mimpi ngeri daripada mula hingga akhir perlumbaan.

Bermula di posisi pole, beliau dipintas oleh Quartararo pada selekoh pertama, kelebihan yang tidak dilepaskan hingga tamat perlumbaan oleh pelumba Yamaha itu.

Kemudian apabila perlumbaan hampir mencapai klimaks, Espargaro melambai ke arah penonton merasakan dia telah menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Tetapi dengan pantas menyedari yang masih ada satu pusingan lagi sebelum perlumbaan tamat.

“Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah maaf kepada pasukan saya,” kata Espargaro dalam nada kesal.

“Ia adalah kesilapan yang tidak boleh diterima pada tahap ini.

“Ia adalah salah saya sama sekali. Saya terlupa bahawa pusingan terakhir di sini disenaraikan sebagai sifar bukan satu justeru saya melepaskan petrol dalam penamat lurus.

“Jika saya mahu menewaskan Fabio dalam perebutan gelaran saya tidak boleh melakukan kesilapan seperti itu.”

Kesilapannya itu memberi tempat kedua kepada rakan senegara Jorge Martin dengan rakan sepasukan Ducati Pramacnya Johann Zarco melengkapkan podium.

Quartararo menambah kelebihan mata daripada lapan kepada 22 selepas sembilan pusingan kejuaraan musim ini.

“Saya sangat gembira, ini adalah perlumbaan yang luar biasa,” kata Quartararo.

“Saya berusaha keras dari awal dan berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat perlumbaan.

“Dengan kemenangan ini dan tempat kedua saya di Mugello Ahad lalu, ini adalah dua keputusan yang hebat.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar