web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


L’Étape Malaysia Sumbang RM13 Juta Ke Johor - Onn Hafiz

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 6:59PM

Onn Hafiz (dua dari kiri) melepaskan peserta perlumbaan amatur L’Étape Malaysia oleh Tour de France di Desaru, Kota Tinggi, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Kejayaan acara perlumbaan amatur L’Étape Malaysia oleh Tour de France hari ini menyumbang kepada limpahan ekonomi sebanyak RM13 juta untuk Johor, kata Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau mengesahkan kejohanan antarabangsa anjuran bersama Muse Group Asia dan Sports Johor Sdn Bhd itu memberi impak positif kepada negeri tuan rumah.

Acara itu turut menerima kira-kira 10,000 pengunjung, termasuk pelumba dan ahli keluarga mereka pada hujung minggu.

Onn Hafiz - Gambar oleh Syeda Imran
Onn Hafiz - Gambar oleh Syeda Imran

“Saya benar-benar bersyukur. Ini adalah kejayaan besar bagi kami dan saya berterima kasih kepada penganjur. Johor kini kembali normal dari segi penganjuran acara antarabangsa.

“Ini bukan satu-satunya program dianjurkan di sini kerana akan ada satu lagi acara besar bakal diadakan di Desaru Coast, iaitu Half Ironman,” katanya pada sidang media di sini, hari ini..

Acara Ironman dimaksudkan itu adalah Desaru Coast Multisport Festival yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Julai ini.

Beliau berkata, pada bulan berikutnya, Johor akan menganjurkan perlumbaan sparta di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

L'Etape adalah acara perlumbaan basikal untuk amatur yang merupakan intipati utama Tour de France di luar Perancis. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
L'Etape adalah acara perlumbaan basikal untuk amatur yang merupakan intipati utama Tour de France di luar Perancis. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
L'Etape yang pertama kali diadakan di Desaru akan membantu merancakkan kembali industri pelancongan Johor. - Gambar Azim Abd Rahman
L'Etape yang pertama kali diadakan di Desaru akan membantu merancakkan kembali industri pelancongan Johor. - Gambar Azim Abd Rahman
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam perlumpaan L'Etape di Desaru, Kota Tinggi, Johor. - Gambar oleh Syeda Imran
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam perlumpaan L'Etape di Desaru, Kota Tinggi, Johor. - Gambar oleh Syeda Imran

Sementara itu, wartawan The Vibes mendapatkan komen daripada beberapa peserta L'Étape Malaysia yang pertama kali menyertai perlumbaan berkenaan.

Pelumba dari Shah Alam, Wan Musaddiq Yahya, 28, berkata, dia menyertai acara sejauh 140 kilometer (km) untuk menimba pengalaman dan bersyukur dengan profesionalisme penganjur.

“Saya perlu mengakui ia satu ‘penyeksaan’ untuk saya. Tayar saya pancit semasa menunggang tetapi saya gembira kerana penganjur berusaha sebaik mungkin membantu saya,” katanya.

Warga Britain, Aimee Pink, 29, yang kini menetap di Singapura berkata, ia adalah perlumbaan berbasikal pertamanya, namun dia memutuskan untuk memilih laluan sejauh 140 km sebagai mempersiapkan diri menyertai acara Ironman.

“Saya datang ke sini untuk melakukan kayuhan di bukit kerana Singapura agak rata (dari segi rupa bumi), jadi kami boleh bersedia untuk perlumbaan seterusnya.

“Pengalaman hari ini sangat mengagumkan, walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa dan saya menyukai setiap minit (perlumbaan),” katanya.

Manakala, bagi Terry Tan, 33, yang menetap di Johor dan bekerja di Singapura, dia mengambil peluang untuk berlatih di Desaru sebelum hari acara.

“Cuaca baik ketika kami bermula. Tapi lepas tu hujan sekejap, lepas tu panas.

“Saya hanya mahu menamatkan perlumbaan. Saya juga menyukai pemandangan dan makanan tenaga tambahan disediakan penganjur,” kongsinya.

Acara ini berjaya menarik 10,000 pengunjung ke Johor. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Acara ini berjaya menarik 10,000 pengunjung ke Johor. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

The Vibes adalah rakan media rasmi L’Étape Malaysia dan menyertai dua pasukan tajaan Yayasan Vinod Sekhar.

The Vibes adalah syarikat PETRA News yang turut menerbitkan portal Bahasa Malaysia, Getaran. – The Vibes, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran