web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA Ke-31 Ditutup Dengan Penuh Warna Warni

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:29AM

Persembahan semasa majlis Penutupan Sukan SEA ke-31 di Hanoi Indoor Games Gymnasium malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Sukan SEA Ke-31 dengan rasminya berakhir dengan obor temasya itu dipadamkan, dalam majlis penutup yang penuh warna warni dan bertenaga di Hanoi Indoor Games Gymnasium, di sini malam tadi.

Majlis malam tadi bermula dengan persembahan muzikal dan kebudayaan, yang diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Vietnam ‘Doan Quan Viet-Nam Di’.

Majlis penutup penuh bertenaga, diwarnai dengan pertunjukan cahaya yang menakjubkan, dibahagikan kepada tiga bahagian - ‘My Hanoi, your love’, ‘Gathering’ dan ‘Shining’ - bagi menandakan permulaan semula aktiviti sukan di rantau ini, selepas terhenti sejak Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.

Dengan gabungan lagu-lagu yang diaturkan pengarah muzik Huy Tuan, mengenai Hanoi termasuk ‘Hanoi on a windy night’, ‘Fragant Hanoi’, ‘Corner of Hanoi’ dan ‘October Hanoi’ dipersembahkan oleh artis seperti Dong Hung, Khanh Linh, Bao Tram dan Pham Anh Duy, yang dikoreografikan oleh Duong Dinh Hai.

Kontinjen atlet yang duduk di arena disambut dengan sorakan daripada penonton pada ketika bendera negara masing-masing dibawa masuk mengikut abjad bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan akhir sekali tuan rumah Vietnam.

Kontinjen negara berjaya memperoleh 39 pingat emas, 45 pingat perak dan 90 pingat gangsa pada temasya edisi kali ini. - Gambar Bernama
Kontinjen negara berjaya memperoleh 39 pingat emas, 45 pingat perak dan 90 pingat gangsa pada temasya edisi kali ini. - Gambar Bernama

Selepas perarakan masuk maskot, pengadil dan para sukarelawan, penonton dipersembahkan dengan tayangan video yang memaparkan sorotan aksi sukan SEA dari 6 Mei sehingga semalam, walaupun temasya dwitahunan itu secara rasminya bermula pada 12 Mei.

Selepas ucapan penutup oleh Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Ke-31 Nguyen Van Hung, Perdana Menteri Pham Minh Chinh mengistiharkan penutupan secara rasminya temasya itu.

Obor kejohanan kemudiannya dipadamkan dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan Sukan SEA Ke-31 diturunkan, sebelum bendera SEAGF diserahkan kepada tuan rumah Sukan SEA Ke-32 Kemboja.

Ini diikuti dengan persembahan kebudayaan daripada Kemboja dinamakan ‘Aspara dance’ - simbol budaya, jiwa dan identiti masyarakat Khmer.

Kemboja akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali pertama dari 5 hingga 17 Mei tahun depan, dengan 40 jenis sukan telah dinamakan dalam senarai awal.

Persembahan terakhir malam itu adalah persembahan perpisahan oleh Vietnam dengan tarian LED dan gabungan lagu-lagu rakyat Quan Ho - yang diiktiraf sebagai warisan oleh UNESCO, termasuk ‘Saying Goodbye’, ‘Inviting Betelnuts’, dan ‘Please Don't Leave’ yang dinyayikan oleh 100 artis tempatan Bac Ninh.

Malaysia menduduki tempat keenam selepas memenangi 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, melepasi sasaran pingat 36-35-75, manakala tuan rumah mengungguli carta dengan kutipan pingat 205-125-116.

Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan SEA, selepas kejayaan edisi 2003, dengan kira-kira 10,000 peserta dari 11 negara bertanding untuk memenangi pingat dalam keseluruhan 525 acara daripada 40 jenis sukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad