Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berbasikal Jarak Jauh Bukan Hanya Tentang Jarak Ditempuhi

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 3:24PM

Amir Mustafa Rosli berkata bahawa keistimewaan L’Etape ialah peluang untuk penunggang bertemu mereka yang berkongsi minat yang sama. - Gambar ihsan Amir Mustafa Rosli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbasikal jarak jauh lebih daripada sekadar menunggang berterusan pada jarak yang disasarkan kerana ia juga mengenai pemakanan, keselamatan dan iklim.

Sebagai seorang penunggang basikal profesional, Dr Norhasmat Abdul Aziz memberitahu The Vibes bahawa pengambilan makanan yang seimbang boleh membuat perbezaan antara rasa bertenaga dan lesu sepanjang perjalanan.

“Jika anda letih atau mengantuk, ia berbahaya kerana kita boleh hilang kawalan ke atas diri dan basikal dan ini meningkatkan risiko kemalangan.

“Kita harus prihatin terhadap pemakanan sehari sebelum perlumbaan anda. Anda juga perlu mengekalkan tahap tenaga sepanjang perjalanan dengan memakan gel atau bar tenaga.

“Bagi diet pula, penunggang memilih ikan, telur dan brokoli tetapi elakkan makan terlalu banyak daging.

“Untuk pemulihan, anda boleh mengambil alpukat, kacang, dan kismis kerana ia mengandungi serat, protein dan lemak yang baik.

“Tembikai juga merupakan pilihan yang baik untuk kandungan asid aminonya.”

Beliau menambah bahawa jenis makanan lain masih boleh dimakan tetapi beliau mengingatkan agar tidak berlebihan.

Sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas di Kejohanan Lumba Basikal Jalan Asia UCI pada 2018, Norhasmat berkata untuk kekal cergas sebagai pelumba memerlukan seseorang itu memberi tumpuan kepada latihan 30 peratus daripada masa itu manakala selebihnya berkisar pada pilihan gaya hidup seseorang - apa yang anda makan, masa pemulihan dan kehidupan sosial anda.

Bagi meneruskan minatnya untuk berbasikal, Norhasmat akan mengambil bahagian dalam L’Étape Malaysia oleh Tour de France - sebagai salah satu dutanya - bersama 4,700 peserta pada 4 Jun di Desaru Coast, Johor.

Sebelum hari perlumbaan, dia menasihatkan penunggang untuk berlatih dengan rakan-rakan untuk merasai perasaan menunggang dan mengemudi dengan selamat dalam kumpulan.

“Latihan (di jalan terbuka) bukan sekadar mencapai jarak yang jauh. Bayangkan berada dalam kejohanan dengan begitu ramai pelumba lain - anda perlu tahu cara untuk mengelak daripada bertembung antara satu sama lain kerana semua orang berada di laluan yang sama.”

Cuaca juga merupakan faktor penting semasa perlumbaan, Norhasmat berkata pelumba perlu mencuba berlatih dalam keadaan yang sama seperti yang dijangkakan pada hari acara.

Walaupun pengarah bahagian pengurusan dan khidmat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu berhasrat untuk mengekalkan kesihatan diri melalui berbasikal, beliau mula bersemangat untuk menyertai pelbagai kejohanan - untuk sentiasa memecahkan rekod peribadinya pada setiap masa - semakin beliau berkenalan dengan komuniti berbasikal.

Pada 26 Januari lalu, Norhasmat telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana berbasikal tanpa henti selama 24 jam di Litar Antarabangsa Sepang.

Bersama tujuh penunggang basikal profesional lain, Norhasmat memulakan kayuhan pada pukul 7 pagi dan menamatkan 131 pusingan - merangkumi jarak keseluruhan 726.13km.

“Kami hanya berhenti untuk solat. Kami tidak tidur dan hanya makan bar dan gel tenaga semasa menunggang. Cabarannya bukan makanan tetapi rasa mengantuk pada pukul 3 pagi.”

Norhasmat menyasarkan untuk mencatat satu lagi pencapaian bagi Malaysia Book of Records - untuk berbasikal sejauh 2,200km mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh tujuh hari - dari 26 Disember hingga 1 Januari.

Sementara itu, Olympian Amir Mustafa Rosli, yang juga duta L’Étape Malaysia, berkata berbasikal baginya adalah mengenai pemandangan yang indah.

Sejak menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2003, Amir telah mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

Lelaki berusia 35 tahun itu berkata, dia menggemari perlumbaan jalan raya kerana ia kebanyakannya berlaku di jalan terbuka dan lebuh raya.

“Saya berasa ghairah dengan perlumbaan kerana pemandangan.

“Walaupun anda mengambil masa hampir sepanjang hari untuk melengkapkan perlumbaan, saya menantikan pemandangan - itulah motivasi saya.”

Amir berkongsi kejohanan paling mencabarnya ialah Sukan Olimpik London 2012, yang merangkumi jarak sejauh 260km.

“Apabila saya dapat peluang untuk berlumba dalam acara seperti itu, ia mencabar fokus dan keupayaan saya untuk menguruskan masa rehat dan pemulihan saya semasa menunggang motosikal.

“Saya makan tengah hari sambil menunggang dan saya tidak boleh berhenti sehingga saya selesai.”

Pelumba basikal kelahiran Terengganu itu berkata dilantik sebagai duta L’Etape Malaysia telah memberinya peluang untuk menunjukkan contoh yang baik kepada persaudaraan berbasikal jalan raya.

“Saya terkejut dilantik sebagai salah seorang duta mereka. Ia satu acara yang bagus kerana ia menggalakkan penunggang basikal amatur di Malaysia untuk menimba pengalaman baharu.

“Saya telah menyertai banyak kejohanan berbasikal di seluruh dunia. Apa yang membuatkan L’Etape begitu istimewa ialah ia memberi peluang kepada penunggang untuk bertemu peminat lain dan mengalami persekitaran perlumbaan serta laluan jarak jauh yang sesuai untuk penunggang basikal amatur.”

L’Étape Malaysia - dengan 4,700 peserta berdaftar - telah direkodkan sebagai acara siri L’Étape by Tour de France kedua terbesar di dunia.

Telah dianjurkan di lebih 20 negara, termasuk Australia, Indonesia, Thailand, China dan Perancis, Malaysia merupakan negara terbaharu yang menganjurkan acara berprestij itu.

L’Étape Malaysia menawarkan penunggang dengan pilihan dua laluan - 140km dan 60km - dan peluang untuk mengambil bahagian sebagai pelumba solo atau sebagai satu pasukan. - The Vibes, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Pemergian Abu Samah Khabar Duka Buat Arena Berbasikal Negara, Antarabangsa

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Shah Firdaus Menang Gangsa Pecut Lelaki Sukan Asia

4

Sukan 9 bulan yang lalu

LTdL Gegar Jalan Raya Malaysia September Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 8 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu